Quantcast
Channel: Celik Takaful: Cik Puan Mbk : 0192853910 (WhatsApp, SMS sahaja)
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

Menu Takaful mana yang jadi pilihan anda?

$
0
0
YOU DECIDE WHICH ONE YOU NEED........
Pelan Takaful yang dipromosikan oleh ejen Takaful sekarang boleh digambarkan seperti menu di bawah
Kiri - Pelan Basic Coverage sahaja dengan pilihan tempoh bayaran pendek
Tengah - Pelan Basic Coverage rendah, tapi Medical Kad berjuta
Kanan - Pelan Lengkap Gantian Gaji akibat meninggal awal, TPD, sakit kritikal, elaun hospital, kemalangan dan medical kad dengan jumlah coverage secukupnya
Anda cuma ada bajet 10% gaji bulanan je ni...


mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Hibah Takaful pada isteri untuk tebus rumah kepada waris lain.

$
0
0

Hibah Takaful pada isteri untuk tebus rumah kepada waris lain.
/ Isteri mendapat 1/8 rumah pusaka apabila suami ada anak
/ isteri mendapat 1/4 rumah pusaka apabila suami tiada anak
+ Contoh rumah RM 200,000, isteri mendapat 1/4 = RM 50,000. Baki RM 150,000 boleh dibayar / ditebus melalui hibah takaful suami.
----
+ Jika waris-waris yang ringkas, perlaksanaan tebus bayar amat mudah. Tetapi jika waris seperti ada anak di bawah umur, oku, dan asbab lain, perlaksanaan mudah tersekat.
+ Perlaksanaan tebus bayar bukan semata-mata pada isteri ada kewangan sahaja bahkan perlu faktor besar yang lain.
/ Bagaimana perlaksanaan berjalan?
/ Apakah perjanjian yang ditawarkan untuk menebus bayar?
/ Adakah pihak ke-3 masuk campur dalam hal pusaka?
+ Dalam istilah fiqh pewarisan dipanggil "takharruj". Sama ada dilepaskan dengan bayaran atau tanpa bayaran.
-----
+ Takaful amat penting dalam perlindungan tetapi di dalam pewarisan hanya sedikit sebanyak membantu pewarisan seperti perbelanjaan harian keluarga.
+ Sama seperti pelaburan sspni atau produk pelaburan lain, walaupun ditawarkan takaful di dalamnya tetapi bukanlah terbaik dalam perlindungan.
Ini hanyalah pendapat seorang budak yang baru belajar.

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

kredit. Mohamad akmal mohamad.

Amatlah malang sekali jika mengambil takaful tetapi dibiarkan takaful lapse

$
0
0

"Seorang wanita bersama dua orang anak kecil melangkah keluar dari kaunter dengan berlinangan air mata.

Dengan perasaan ingin tahu saya pun pergi ke kaunter tempat wanita tadi berurusan dan tanya adik kat situ. 'Dik, kenapa perempuan yang bawa anak2 tadi menangis?'. 

Ooo, dia datang tadi nak tuntut claim takaful suami dia yang baru sahaja meninggal, tp sayangnya takaful suami dia dh lama tak bayar sehingga lapsed sebelum dia meninggal lagi. Jadi tak boleh nak claim. Jika takaful dia tak lapse, dia boleh dapat pampasan suami dia sehingga RM200k.

Ya Allah, kesian sungguh, dan amatlah malang sekali jika mengambil takaful tetapi dibiarkan takaful lapse. Akhirnya waris yang tinggal berputih mata." 

sharing by Tn Hj Zulmajdi.

**********************************************************************************
Saya panjangkan kisah benar di atas ini untuk tatapan dan soft reminder kepada semua client dan bakal client saya supaya jangan biarkan takaful anda lapsed ye. Semoga mendapat manfaat.

Credit to M Fitri Hassan, Muhammad Fauzi

mbk
0192853910

CINTA , TAKAFUL , ALASAN

$
0
0
Screenshot di bawah, adalah dari rakan seperjuangan aku dalam bidang Takaful. Dia berkongsi kegembiraan apabila klien mengambil plan Hibah Takaful sebanyak RM280,000. Maknanya, jika klien kawan aku ni meninggal dunia, keluarganya akan mendapat 'cash' sebanyak RM280,000 untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Adat dunia, yang pergi tetap akan pergi. Yang ditinggalkan harus meneruskan perjuangan. Dan perjuangan memerlukan bekalan. Dalam keadaan sekarang, bekalan yang paling utama adalah kewangan. Memang tidak boleh dielakkan.

Yang paling mengharukan adalah apabila klien dia mengambil Takaful ini sebagai hadiah untuk ibunya. Kerana dari pengalaman klien ini, dengan duit pampasan insurans arwah ayah dia dapat meneruskan pengajian dan menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Dia nampak manfaat, dan dia merasa manfaat perlindungan kewangan itu.

Simple, ringkas..

Arwah ayahnya telah menyediakan perlindungan, hidup keluarga yang ditinggalkan terjaga dan terjamin. Sang ayah cintakan keluarga dan menyediakan perlindungan, dan anak yang ditinggalkan telah berjaya dalam pendidikan dan kehidupan.

Inilah perlindungan kewangan melalui Takaful dan Insurans yang sentiasa diabaikan. Tapi kita - kita semua ni, bila nampak agen Insurans atau Takaful saja, semua lari bertaburan. Yang tak sempat lari, jenuh menyiapkan seribu satu alasan.

Nah, hari ini aku bawak kisah nyata bagaimana Insurans dan Takaful dapat membantu keluarga yang ditinggalkan membina kembali kehidupan.

Jadi, kau orang pulak yang nak lari dari Takaful ni, apa alasan?


mbk
0192853910

AMBIL PAMPASAN SECUKUPNYA SUPAYA ANDA TIDAK MENYUSAHKAN WARIS.

$
0
0
Jika dilihat negara maju seperti Jepun, purata rakyat Jepun yang mengambil insuran adalah setiap seorang melebihi dari satu polisi insuran. Mereka lebih mementingkan kebahagian hidup generasi mereka dan mereka percaya insuran dapat membantu generasi mereka pada masa akan datang tidak menghadapi masalah kewangan.

Saya masih teringat status seorang rakyat Malaysia yang menetap di Amerika. Hasil perbualan dengan boss kedai elektrik yang dimiliki bangsa Yahudi,  didapati 2 rahsia penting bangsa Yahudi lakukan untuk menjamin kelangsungan bangsa mereka di masa hadapan.
  1.      Bisnes yang boleh diwarisi
  2.      Insurans untuk waris
Orang Yahudi ini benci akan kemiskinan. Sebab itu hampir semua bangsa Yahudi tidak miskin didunia. Bangsa Yahudi percaya insuran sangat penting dan mereka tak akan tinggalkan waris dalam keadaan susah tanpa tali bergantung, paling rendah plan insuran yang diambil berjumlah 1 juta dolar. Sebab itu hampir tiada kaum mereka yang miskin.

Bayangkan 1 Juta Dolar.......

Baru-baru ini, saya ada berkongsi status di FB berkenaan dengan kaum Cina. Sekiranya mereka ditimpa kecelakaan dan meninggal dunia. Maka ahli keluarga mereka akan mendapat pampasan sehingga RM 1 JUTA kerana menyimpan RM3000 sebulan di dalam insuran hayat.

Oleh kerana itu, apabila orang Cina meninggal dunia. Maka ahli keluarga mereka bertambah kaya. Dan dalam kes di atas jika ketua keluarga yang menyimpan RM3000 sebulan di insuran hayat meninggal, maka ahli keluarga meraka menjadi Jutawan.

Hmmmmmm... kita bagaimana?


Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan rakyat Malaysia yang masih ketinggalan dengan jumlah caruman insurans atau takaful samada pampasan masih rendah atau tiada pampasan langsung. Sungguh malang bagi pewaris apabila mewarisi kosong pampasan.

Saya kongsikan kisah benar yang berlaku di kaunter syarikat insurans.....
"Seorang wanita bersama dua orang anak kecil melangkah keluar dari kaunter dengan berlinangan air mata.Dengan perasaan ingin tahu saya pun pergi ke kaunter tempat wanita tadi berurusan dan tanya adik kat situ. 'Dik, kenapa perempuan yang bawa anak2 tadi menangis?'. Ooo, dia datang tadi nak tuntut claim takaful suami dia yang baru sahaja meninggal, tp sayangnya takaful suami dia dh lama tak bayar sehingga lapsed sebelum dia meninggal lagi. Jadi tak boleh nak claim. Jika takaful dia tak lapse, dia boleh dapat pampasan suami dia sehingga RM200k.Ya Allah, kesian sungguh, dan amatlah malang sekali jika mengambil takaful tetapi dibiarkan takaful lapse. Akhirnya waris yang tinggal berputih mata." 


Kenapa pampasan perlu diambil dengan secukupnya?*
Berdasarkan kajian yang dilakukan, purata rakyat Malaysia hanya mempunyai perlindungan atau pampasan sebanyak RM50,000 sahaja. Jumlah tersebut adalah terlalu sedikit untuk waris atau ahli keluarga mereka meneruskan hidup.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu mengambil pampasan secukupnya dan lebih tinggi.


Jika anda mempunyai hutang dengan bank seperti rumah dan kereta, anda mempunyai insuran sendiri yang akan menyelesaikan hutang tersebut. Tetapi, hutang peribadi dengan kawan-kawan, saudara mara dan ahli keluarga pula, anda masih perlu selesaikan.

Salah satu fungsi pampasan yang diterima jika anda meninggal dunia adalah digunakan untuk menjelaskan hutang anda. Ini bagi mengelakkan waris atau ahli keluarga anda terbeban untuk menjelaskan hutang tersebut.

Jika sebelum ini suami dan isteri yang bekerja mungkin tidak menghadapi masalah untuk membesarkan tiga orang anak. Tetapi, jika hanya tinggal isteri seorang sahaja yang bekerja dan masih perlu membesarkan anak, itu sangat membebankan.

Oleh itu, fungsi pampasan atau perlindungan tersebut adalah bagi membantu waris dan ahli keluarga meneruskan hidup mereka. Pampasan yang di terima akan digunakan sebagai perbelanjaan kos sara hidup. Semakin ramai ahli keluarga yang anda tinggalkan, semakin tinggi jumlah pampasan yang anda perlu sediakan.

Keadaan menjadi lebih membebankan apabila anda tidak mempunyai rumah sendiri untuk mereka tinggal. Jika gagal membayar sewa, mereka mungkin mempunyai masalah tempat tinggal.

Jumlah pampasan atau hibah yang perlu anda sediakan mestilah cukup dan tidak terlalu rendah supaya waris anda dapat gunakan wang tersebut sebaiknya. Terdapat beberapa faktor yang perlu anda lihat sebelum mengetahui jumlah pampasan yang sesuai dengan diri anda.

1. Jumlah tanggungan
Semakin ramai ahli keluarga yang masih menangung harapan dengan anda, semakin tinggi jumlah pampasan yang anda perlu sediakan. Jika anak masih kecil, anda memerlukan jumlah yang lebih besar berbanding anak yang sudah dewasa. Anak kecil memerlukan perbelanjaan yang besar untuk tempoh masa yang lebih lama.

2. Hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak dengan ahli keluarga, saudara mara atau kawan-kawan, pastikan jumlah pampasan yang anda ambil melebihi dari jumlah tersebut. Ini bagi mengelakkan si pemberi hutang menuntut hutang dengan waris anda.

3. Gaya hidup

Jika keluarga anda terbiasa dengan gaya hidup yang mewah, anda perlu menyediakan nilai pampasan yang tinggi untuk mereka mengekalkan gaya hidup tersebut.



4. Pasangan tidak bekerja

Jika pasangan anda tidak bekerja, anda memerlukan pampasan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya 5 tahun supaya pasangan anda tersebut mempunyai masa untuk memulakan hidup baru dengan pekerjaan yang baru. Jika nilai pampasan terlalu rendah, tekanan akan diberikan terhadap pasangan anda untuk menyara anak-anak yang masih kecil.


* dipetik dari: www.duitkertas.com

mbk
0192853910
fb: mardiyah kamarudin

Doktor Kata Boleh 'Discaj' Bukan Boleh Terus Packing & Balik

$
0
0

Ramai yang tidak faham, mengapa proses 'discaj' mengambil masa yang terlalu lama sehingga ada pesakit/waris yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka di pada jururawat dan paling teruk sekali di media sosial. 

Namun, pernahkah anda cuba untuk mengetahui bagaimana jururawat yang bertugas menyiapkan discaj tersebut mengikut prosedur yang telah ditetapkan? Bagaimana jika prosedur dilanggar dan pesakit menerima akibatnya di kemudian hari, siapa yang akan dipersalahkan? 

Jururawat Lara Marina berikan penjelasan yang ringkas dan mudah difahami oleh orang ramai agar selepas ini tiada lagi runggutan mengapa proses discaj mengambil masa yang lama. 

Oleh Lara Marina



Sepanjang hampir 9 tahun perkhidmatan sebagai seorang jururawat, saya 'selalu' menerima rungutan daripada pesakit atau waris pesakit yang berada di wad kerana lambat menyiapkan dokumen discaj. 

Discaj - Di mana seseorang pesakit yang ditahan di wad, diberi kebenaran oleh pegawai perubatan yang menjaganya untuk keluar dari wad selepas tahap kesihatan pesakit semakin pulih. 

Tetapi pernahkah anda terfikir berapa banyak discaj yang pihak hospital perlu siapkan dalam masa sehari? Pernahkah terfikir bahawa yang menyebabkan proses discaj itu lambat bukan disebabkan oleh kami sebagai pekerja yang memberi perkhidmatan, tetapi sebab sistem itu sendiri? Anda perlu menunggu beberapa ketika untuk doktor dan jururawat menyiapkan segala dokumen penting yang berkaitan?

PROSES MENYIAPKAN 'DISCAJ PESAKIT:
  1. Menerima arahan daripada pegawai perubatan
  2. Menyemak rekod perubatan pesakit
  3. Memaklumkan kepada pesakit atau waris
  4. Menyediakan discaj
Dalam menyediakan discaj pesakit, ada beberapa perkara wajib yang anda perlu tahu. 

DISCAJ SUMMARY
Ia adalah ringkasan tentang pesakit berkenaan segala perawatan yang telah pesakit terima sepanjang keberadaan di wad tersebut selain serba sedikit ringkasan diagnosis penyakit yang dihidapi pesakit. Discaj summary penting bagi pesakit contohnya dalam urusan 'claim insurans'. 

SLIP UBATAN
Apabila pesakit dibenarkan pulang ke rumah, pesakit akan dibekalkan dengan ubat-ubatan yang perlu pesakit ambil berterusan. Untuk pembekalan ubatan daripada farmasi, memerlukan slip yang ditandatangani oleh pegawai perubatan (bukan dari jururawat), disertakan sekali nama, dosej dan kekerapan ubatan tersebut yang perlu pesakit ambil.

MC (SIJIL CUTI SAKIT)
Bagi pesakit yang bekerja, sudah tentu memerlukan sijil cuti sakit untuk diserahkan kepada majikan masing-masing. PErlu diingatkan bahawa, sijil cuti sakit memerlukan tandatangan dan pengesahan pegawai perubatan, bukannya jururawat. Jururawat hanya perlu berlari ke sana sini untuk mendapatkan cop dan tandatangan pegawai perubatan. Selain itu, jururawat perlu memeriksa butiran pesakit seperti nama dan kad pengenalan yang betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan berlaku.

(Kalau pesakit tak dapat sijil cuti sakit, pesakit juga yang akan emosional). 

PENGISIAN BORANG BERKAITAN
Apabila pesakit dibenarkan pulang, mereka akan dirujuk ke jabatan-jabatan lain untuk sesi perawatan lanjut, contohnya Fisioterapi akan diberikan borang rujukan bagi memudahkan pesakit merujuk kepada jabatan yang berkenaan. 


BILLING
Jururawat/kerani yang bertugas akan menyiapkan bil pesakit sepanjang keberadaan di wad tersebut. Bayangkan jika pesakit tinggal di wad selama satu minggu, berapa banyak data dan maklumat yang perlu dimasukkan bagi tujuan ini. 

Contoh (sampel darah / x-ray / scan / pembedahan). Ia agak memakan masa yang lama bergantung kepada tempoh seseorang pesakit telah menginap di wad. 

TCA (Appointment)
Pesakit yang discaj biasanya akan diberikan satu tarikh untuk berjumpa dengan doktor dalam tempoh masa tertentu (follow up) di klinik-klinik yang berkenaan. Jururawat akan menghubungi klinik tersebut bagi tujuan mendapatkan tarikh temujanji mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor pakar.

Kami bukan sewenang-wenangnya boleh memberikan tarikh sesuka hati. Semuanya mengiut apa yang telah diarahkan.

PEMERIKSAAN
Sebelum membenarkan pesakit untuk pulang ke rumah, jururawat perlu memeriksa pesakit (head to toe) bagi melengkapkan proses discaj pesakit. Contohnya, mengeluarkan dulu jarim (branula) di tangan pesakit / mengeluarkan catheter (tiub kencing) jika ada. 

Perlu difahamkan bahawa dalam masa jururawat menyiapkan discaj pesakit, jururawat juga perlu menyiapkan segala pelan perawatan pesakit-pesakit lain yang main berada di wad. 
  • + Jururawat perlu melayani pesakit lain yang menghadapi masalah dan kesukaran untuk melakukan sesuatu.
  • + Jururawat perlu melayani segala karenah pesakit-pesakit yang selebihnya.
Jadi, ia bukannya semudah dengan hanya menulis dalam satu dokumen sahaja, pesakit sudah boleh dibenarkan pulang ke rumah sambil bernyanyi-nyanyi menuruni lif hospital sampaikan lupa mengucapkan terima kasih kepada kakitangan wad dan;

Pihak hospital tidak sebegitu tegar untuk menyimpan anda di dalam wad dalam tempoh yang agak lama. Yang pastinya tidak semudah itu untuk melepaskan anda pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. 

KESIMPULANNYA
Bila anda pergi ke bank, anda dengan rela hati mengambil nombor, duduk diam-diam menunggu nombor giliran dipanggil. Bila sudah berjumpa dengan pegawai bank, anda dengan senang dan rela hati pula untuk menunggu proses urusan tersebut biarpun berjam-jam lamanya. 

Tetapi bila anda menjejakkan kaki ke hospital, kenapa anda tiba-tiba perlu menjadi prejudis? Sehingga ada yang menunggu sahaja untuk mencari kesilapan kami pekerja yang makan gaji daripada hasil bayaran 'cukai' anda, Daripada pengawal keselamatan, penjaga kaunter, jururawat, houseman, pegawai perubatan dan kalau boleh dengan doktor pakar sekali nak dibambu, dicomplaint itu ini. 

Tak perlulah anda berulang-alik ke kaunter bertanya bila proses discaj akan siap sambil memarahi dan menengking jururawat. Tak perlulah anda melenting dan berkata,

 Tadi doktor kata dah boleh discaj? Kenapa dari tadi tak siap-siap? Berapa lama lagi yang saya perlu tunggu?

Tak perlu mengelupur, sila tunggu giliran anda dengan sabar. Sesungguhnya sabar itu adalah sebahagian dari Iman. -

kredit:  Lara Marina | The Reporter

mbk
0192853910

Hibah adalah harta yang mudah dicairkan...

$
0
0

Antara harta yang mudah dicairkan waris apabila kita mati kelak:-
/ kwsp
/ Tabung Haji
/ asb
/ takaful
/ saham koperasi tentera
+ Jika tiada penama harta di atas, boleh masukkan sekali dalam borang tuntutan di Unit Pesaka Kecil / mahkamah sivil.
+ Harta di atas bolehlah membayar hutang arwah dulu kerana tuntutan bayaran hutang adalah diwajibkan.
+ Adapun kita sebagai pemilik harta, senaraikan aset, penghutang, pemitang dan waris qadim.
+ Tidak mengapa senarai ini ditulis dahulu dalam dokumen wasi walaupun harta akan bertambah dan berkurang. Sekurang-kurang ada pesanan sedikit.

5 PERKARA YANG ANDA PERLU TINGGALKAN KEPADA WARIS SEBELUM ANDA PERGI

$
0
0
Salah satu punca generasi akan datang hidup dalam kesusahan adalah kerana beban hutang yang ditinggalkan oleh generasi sebelumnya. Ramai yang mempunyai satu pemikiran yang salah iaitu hanya menyediakan kesenangan untuk diri sendiri sahaja tanpa memikirkan generasi mereka pada masa akan datang.

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu sediakan kepada waris sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan.

Rumah

Harga rumah yang semakin mahal menyebabkan generasi pada masa akan datang semakin sukar untuk membeli rumah sendiri. Oleh sebab itu, penyediaan rumah untuk anak sangat penting supaya mereka mempunyai tempat sendiri untuk berteduh.

Selain tempat untuk berteduh, rumah tersebut juga boleh dijadikan sebagai aset yang boleh memberikan pendapatan tambahan melalui sewa rumah tersebut. Walaupun jumlahnya sedikit, tetapi cukup untuk mengurangkan beban terutama dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Wang

Walaupun wang tidak mampu menghilangkan kesedihan selepas kehilangan orang tersayang, tetapi setidaknya boleh membantu mereka meneruskan hidup dengan baik. Buat satu simpanan khas untuk waris anda sama ada simpanan di ASB, unit trust, Tabung Haji atau melalui Hibah takaful.


Salah satu punca generasi yang baru pada hari ini berpecah belah adalah kerana sifat tamak terhadap duit dan aset. Oleh sebab itu, anda perlu sediakan wang secukupnya untuk waris anda supaya mereka tidak bergaduh disebabkan perebutan wang dan harta.

Selain itu, wang yang ditinggalkan juga boleh digunakan sebagai perbelanjaan pendidikan mereka.

Ilmu

Perkara seterusnya yang penting adalah ilmu. Tinggalkan ilmu yang baik terutama dari segi kewangan dan pelaburan kepada waris anda supaya mereka menjadi lebih cerdik dalam pengurusan kewangan. Ini bagi memastikan mereka tidak tertipu dan terlibat dengan skim cepat kaya.

Anda juga boleh tinggalkan pelbagai jenis buku yang bermanfaat kepada mereka sebagai bahan bacaan mereka. Antara ilmu terbaik yang anda boleh tinggalkan adalah ilmu berkenaan dengan pelaburan. Ilmu tersebut bagi memudahkan waris menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Selain itu, anda juga perlu sentiasa ingatkan waris anda berkenaan nasihat kewangan semasa anda masih hidup.

Perniagaan 

Salah satu perkara terbaik yang anda boleh tinggalkan adalah perniagaan anda. Jika anda seorang usahawan atau ahli perniagaan, pastikan perniagaan anda tidak diambil oleh orang lain jika sesuatu terjadi terhadap diri anda.

Walaupun tidak mempunyai minat dalam menguruskan perniagaan, peninggalan ini mungkin akan mengubah persepsi mereka terhadap perniagaan. Selain itu, jika anda adalah pemegang saham kepada sesebua syarikat, waris anda mungkin akan mewarisi saham tersebut atau mendapat pampasa dari penjualan saham tersebut.

Wasiat

Jika anda mempunyai banyak harta, perkara penting yang anda perlu buat adalah menyediakan wasiat supaya tidak berlaku pergaduhan antara ahli keluarga. Terdapat beberapa kes dimana ahli keluarga berpecah kerana berebut harta peninggalan.


Lebih teruk lagi apabila kes perebutan harta tersebut dibawa hingga masuk ke mahkamah untuk mendapatkan hak terhadap harta.

Ambil hibah untuk waris anda

$
0
0



Name:




Email Address:




Tarikh Lahir: (MM/DD/YYYY)




Hand Phone Number




Pekerjaan




Jantina




Perokok




Bajet




Keutamaan

Perlindungan

Perubatan

Simpanan



Pernyataan Lain (Jika Ada)







This form powered by Freedback

ASK ME ABOUT HIBAH

3 JENIS 'TEMPOH PENTING' YANG EJEN TAKAFUL WAJIB BERITAHU ANDA

$
0
0


Kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kepentingan Takaful semakin tinggi terutamanya dalam kategori Takaful Perubatan (Medical Card). Semua orang mahu dapatkan bilik rawatan yang selesa ketika dirawat di hospital. 

Kesesakan yang berlaku di hospital- hospital milik kerajaan serta kos perubatan yang tinggi di hospital swasta antara faktor utama orang ramai mahu memiliki kad perubatan sendiri. Lebih selesa dan menjimatkan. 

Pernah tak anda dengar pemegang polisi takaful tidak mendapat manfaat yang sepatutnya dari syarikat takaful?Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan seorang ahli politik yang ingin menyaman sebuah syarikat takaful disebabkan tidak berpuas hati dengan servis yang diterima.

Hal seperti ini terjadi biasanya disebabkan oleh salah faham atau kurang pengetahuan tentang polisi yang diambil. Oleh itu, sebagai seorang pelanggan kad perubatan, anda harus tahu beberapa 'tempoh penting' yang wujud di dalam polisi anda secara am.

TEMPOH BERTENANG

Tempoh bertenang ini juga disebut sebagai cooling period. Tempoh sepanjang 15 hari ini bermula sebaik sahaja permohonan anda diluluskan oleh pihak takaful. Dalam tempoh ini, anda haruslah membaca dan memahami pelan takaful yang sudah anda ambil seperti yang tertulis di dalam buku polisi anda.

Jika anda tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma yang wujud di dalam buku polisi, anda berhak untuk membuat aduan kepada syarikat pengendali takaful seterusnya membatalkan polisi tersebut. Untuk makluman anda, caruman yang telah dibayar akan dipulangkan semula.

Sebelum ambil mana-mana kad perubatan yang ditawarkan, fahami dulu 'faktor-faktor penting dalam memilih kad perubatan.'

TEMPOH MENUNGGU

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut.

iii) 90 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti viral fever, bronchitis, diarhea dan beberapa jenis lagi.

iv) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

Adakah takaful itu berbentuk simpanan, pelaburan atau perlindungan?

TEMPOH SIASATAN

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan. 

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.


mbk
0192853910

Saya tiada harta untuk dihibahkan... So what????

$
0
0
Sekadar gambar hiasan
Saya tiada harta untuk dihibahkan. Maka, saya tak perlu buat hibah Takaful. Mind set begini sebenarnya perlu ditukar. Jika tiada harta, create satu tabungan harta untuk orang yang kita sayang. Jika si suami meninggal dunia dan dialah satu-satu pencari nafkah, dengan duit pampasan hibah takaful, si isteri boleh menjalankan kelangsungan hidup, tolong bayarkan hutang kereta, tolong bayarkan hutang rumah, tolong bayarkan badal haji, infaqkan harta arwah untuk pahala yang berpanjangan, yang selebihnya untuk buat modal meniaga.

Si anak pula boleh guna duit pampasan hibah takaful untuk pembayaran yuran sekolah atau universiti. Teringat cerita seorang ejen, semasa beliau buat direct approach, dia ada terjumpa seorang pemuda yang memang guna duit pampasan arwah si ayah untuk bayar pelajarannya hingga ke peringkat menara gading. Bertuah anaknya, kerna arwah ayahnya sudah buat perancangan yang teliti agar anaknya tidak berhutang bila dialam persekolahan dan di menara gading.

Ok fine.. Isteri saya seorang yang berkerjaya. Ada duit.. boleh sara diri sendiri dan anak-anak. Kiranya, saya tak nampak apa-apa masalah pun. Tak perlu buat Hibah Takaful ini. Jangan begitu saudara. Kita perlu ingat. Penama untuk rumah buat atas 2 nama atau satu nama? Anak-anak kita ada anak lelaki tak ataupun semua perempuan. Masa kita hidup ni, kita nampak tak ada masalah. Apabila kita tiada, masalah perebutan harta pun berlaku. Bayangkan rumah yang kita tinggal dibuat atas 2 nama. Sebahagian dari rumah itu, jatuh pada hukum faraid. Rasa-rasanya Isteri saudara ada tak duit yang banyak yang boleh dibayar secara lump sum? Lebih parah lagi, jika semua anak saudara perempuan. Kiranya, aset yang kita kumpul tue, boleh dibahagi sama rata? Jika tuan tak yakin, better buat hibah dan hibah secara Takaful.

Tapi saya masih bujang. Itu kalu yang dah ada keluarga kiranya logiklah buat hibah Takaful. Kita masih ada mak dan ayah bukan?. Apa kata kita buat hibah Takaful untuk mereka. Jika berlaku kat kita, sekurang-kurang duit pampasan itu adalah hadiah yang paling bernilai buat mereka. Mana tahu, dengan duit itu mak dan ayah boleh pi buat haji, tolong infaqkan harta pampasan itu untuk amalan kita dialam sana. Sesungguhnya, budi dan pengorbanan mak dan ayah tiada tolok bandingnya. Tak boleh dibeli dengan harta yang banyak.

mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Biar gambar yang berbicara ........

Plan khusus untuk Takaful hayat dan pampasan berbentuk hibah Takaful.

$
0
0
1. Tahukah anda, mengikut PIAM, kajian menunjukkan untuk bajet/jumlah duit yang diperlukan untuk sesebuah keluarga meneruskan kelangsungan hidup setelah ketiadaan ketua keluarga atau pencari nafkah, memerlukan kira-kira RM723,000 untuk dalam tempoh 5 tahun dalam menempoh kehidupan dengan selesa.

2. Tahukah anda pampasan ataupun hibah takaful tidak dikira sebagai harta pusaka dan ianya tidak termaktub kepada hukum faraid?

3. Statistik menunjukkan jumlah harta pusaka yang tidak dituntut berjumlah RM 60 billion akibat ketidakcekapan mengurus harta pusaka

4. Kebanyakan ahli keluarga sudah ada kesedaran takaful akan tetapi lebih fokus pengambilan kad perubatan berbanding dengan perlindungan Takaful hayat. Tidak menyediakan dana kewangan yang mencukupi dan kalau ada Takaful hayat pun, pampasan kematian yang "under insured" (pampasan kematian yang sedikit) tidak mampu untuk menampung kos kehidupan sekarang dan tidak dapat menolong meringankan beban kewangan yang akan datang. Orang yang tersayang memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk kelangsungan hidup.

5. Nak tahu pasal Plan khusus untuk Takaful hayat dan pampasan berbentuk hibah Takaful.  mohon tonton video dibawah sampai habis.

Jom Hibah Takaful

                    Plan khusus untuk Takaful hayat dan pampasan berbentuk hibah Takaful.

#hibahtakaful
#TabungWanita

mbk
0192853910

Arwah pesan beli perlindungan insurans

$
0
0
Mohon maaf, bukan nak ambil kesempatan ye. Tapi sekadar peringatan dan perkongsian. Sediakanlah program Takaful untuk diri sendiri dan keluarga. Sayangilah mereka.

Nota: Dalam keratan akhbar (gambar) mengenai petugas JPJ yang meninggal dunia semasa bertugas akibat dilanggar treler baru-baru ini..


mbk
akupenjualinsurans.blogspot.com
0192853910

Katakan TIDAK pada Takaful?

$
0
0
Fitrah manusia, bila sesuatu ditimpa musibah atau pengalaman pahit yang dilihat akan menyedarkan seseorang. Belajar dari pengalaman seseorang juga mengajar kita ikhtibar yang perlu diambil. Kekadang mereka hanya dengar , tahu, lihat dan sedar, tapi sayang, hanya mengambil peduli bagaikan angin bayu ditiup sahaja.

Kisah terbaru, penguat kuasa JPJ yang meninggal dunia semasa bertugas akibat digilis treler. Sebelum itu, arwah ada berpesan pada adik iparnya untuk mencarum Takaful/Insurans. Kerna dengan adanya Insurans/Takaful, wang pampsan boleh digunakan untuk menolong keluarga kita meneruskan hidup jika berlaku perkara yang tak diingini. 




Apabila terbacakan kisah diatas, adakah kita sudah sedar? Sudah rasa inginkan perlindungan untuk keluarga dan diri kita? Sedangkan penguat kuasa JPJ pun ada kesedaran mengenai Takaful/Insurans, inikan pula kita? 

Adakah Takaful tertakluk dengan orang tertentu sahaja? Tidak? Ia untuk semua. Tak kisah sama ada mereka pekerja kerajaan atau swasta. 

Lagi kisah benar...
Bila aku dapat Penyakit Kritikal yang perlukan pembedahan ada sedikit penyesalan kerana tiada medical card cuma ada insurans penyakit kritikal sahaja.. TAPI...APABILA berlaku kemalangan pada Aku dan Ayah semasa hendak pergi kerja.. buat aku betul-betul sedar walaupun KITA KAKITANGAN KERAJAAN, Kita Tiada Insurans dan Socso..kita tetap perlukan 'Medical Card" kita perlu INSURANS kan diri dan keluarga tersayang.. sebab apa perlu kerana tak "SEMUA KOS Kerajaan Tanggung"
CONTOH:- 1. SIMEN FIBER Pada Badan dan Kaki Aku ini ditanggung oleh kita sendiri hampir 1K.. 2. BESI yang di pasang pada kaki ayah aku.. kerana saiz besi yang disediakan besar Tidak Sesuai dengan tulang dia... kita kena beli sendiri 2K...alhamdulillah aku ada amik PA Insurance untuk kemalangan..tapi tetap menyesal kerana tidak beli insurans untuk perubatan... Nasihat aku buat kawan2 jangan buang masa beli la MEDICAL INSURANS Sebagai persediaan diri... Menyesal kemudian tiada gunanya...kalau kita berduit takpa jika tiada mana kita nak korek duit tu kerana duit tu perlu dibayar segera sebelum buat pemasangan simen dan operation..
Tahukah anda, mengikut PIAM, kajian menunjukkan untuk bajet/jumlah duit yang diperlukan untuk sesebuah keluarga meneruskan kelangsungan hidup setelah ketiadaan ketua keluarga atau pencari nafkah, memerlukan kira-kira RM723,000 untuk dalam tempoh 5 tahun dalam menempoh kehidupan dengan selesa.

Adakah kita masih peduli? Tepuk dada, tanya selera.

Salam Jumaat

mbk
0192853910

FREE QUOTATION!!!!!!

$
0
0
Salam tuan/puan/cik, jika memerlukan sebutharga bagi perlindungan + perubatan + pelaburan (serta pencen) saya sedia buatkan (free sahaja) . Sila berikan nama penuh, pekerjaan, tarikh lahir dan alamat email. 

Nanti boleh saya emailkan sebutharga seperti yang dipohon.



mbk
019.285.39.10

Simpanan Wang Banyak

$
0
0
/ Boleh menanggung kos perubatan
/ Mempunyai kuasa beli yang tinggi
/ Tinggalkan waris dalam kecukupan
/ Digunakan untuk musibah kewangan

+ Simpanan yang dilakukan sebenarnya dapat menyelesaikan secara asas seperti perkara di atas.
+ Ambil contoh apabila kita didapati menghidapi penyakit kanser, segala bil perubatan hospitak dapat kita bayar dengan simpanan tersebut dan juga segala rawatan yang diterima.
+ Begitu juga apabila kita ingin membeli motosikal, boleh membeli secara "cash" dengan harga yang lebih rendah.
-----
+ Secara teorinya perkara-perkara kehendak atau keperluan yang timbul ini akan diatasi dengan MENYIMPAN. Yang perlu difikirkan

/ Sejauh mana seseorang boleh menyimpan
/ Sejauh mana simpanan dapat membiayai kos perubatan
/ Sejauh mana simpanan anti inflasi
/ Sejauh mana ia dapat digandakan

+ Para ahli ekonomi memikirkan hal sedemikian selaras dengan peredaran zaman sebagaimana ia dapat membantu masyarakat kini.
+ Masalah hutang banyak, tidak mampu membiayai kos hospital, faedah yang lebih baik dari menyimpan bawah bantal, waris ditinggalkan dalam keadaan miskin dsb...
Gambar hanya hiasan
+ Abaikan penguasa yang tamak dan tidak memikirkan hal rakyatnya dengan memanipulasi harga kenaikan barang, inflasi tinggi, rasuah, kemelaratan untuk miliki rumah, pendidikan dsb...
-------
+ Hal seperti simpanan dapat digandakan adalah dengan mewujudkan pelaburan yang memberi pulangan tertentu berbanding tiada pulangan / keuntungan langsung. Contoh asb, ahb, ut.
+ Begitu juga apabila berlaku musibah penyakit atau kematian, dengan konsep tabarru' di takaful, ianya saling membantu bagi mereka yang kesusahan.
+ Walaupun tabarru' di takaful hanya bertindak setahun sahaja tanpa ada lopong pembayaran dan melepasi tempoh menunggu, pembiayaan kos perubatan dapat diatasi tanpa mengurangkan simpanan di tempat lain.
+ Dalam hal pelaburan, semakin lama menyimpanan, semakin banyak wang digandakan. Ia berbeza dengan kaedah taburru' Takaful berkaitan pelaburan dan simpanan ini.
+ Masing-masing mempunyai kelebihan cuma kita pastikan saluran bertepatan dengan kaedah syarak
------
Untuk pengurusan kematian dan pusaka, secara teori apabila ada simpanan banyak

/ Kos urusan jenazah dapat diselesaikan segera
/ Urusan pusaka tidak ada tertunggak

+ Bagi kos urusan jenazah, pihak masjid / surau masa kini ada menyediakan khairat kematian bagi memastikan perjalanan lancar.
Mana mungkin
/ Kwsp, asb, takaful dapat dikeluarkan dalam masa tidak sampai sehari
/ Menenangkan kegelisahan isteri atau waris sehingga mereka dapat memikirkan dengan baik untuk urusan jenazah
+ Hal demikian sama dengan urusan Surat Kuasa / Probet. Jika digariskan teori, waris yang sudah ada banyak harta sedia ada atau memperolehi pampasan takaful yang banyak dapat mengurusan dengan mudah.
+ Namun realiti sebaliknya, tidak memahami hukum hakam pewarisan, perbalahan, pusaka semakin terpendam, proses tidak diketahui dengan tepat.
+ Maka wujudkan urus dan rancang harta pusaka secara mudah, tepat dan komprehensif seperti di Wasiyyah.
-------
+ Di dalam Al-quran dan Al-hadis, anjuran mereka yang ada wang adalah memperbanyakkan infak sama ada sedekah wajib, sedekah sunat, beri fakir dan miskin, memuliakan anak yatim, wakaf dsb...
+ Manakala meyimpan untuk kegunaan dunia semata-mata, ia hanyalah fana dan sia-sia. Mana mungkin apabila mati, kereta dan rumah kita ditanam bersama.
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
" Apa yang disedekahkan, tidak akan mengurangi harta ".

- HR Muslim
-----

kredit: Mohamad Akmal Mohamad

mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Article 2

$
0
0
Saya kongsikan..
------------------------
Sebelum ini dengar sahaja Life Insurance, dalam kepala saya hanya terbayang "Medical Card".. Masuk hospital and operate bills Insuran setelkan.

Rupanya...

Insuran/Takaful bukan setakat itu malah scope nya amat luas dan sangat penting terutama bahagian LIFE (PAMPASAN@HIBAH)..

Saya tekankan, dalam hal pengurusan harta keluarga khususnya, kebarangkalian kita mendengar permasalahan pembahagian harta yang tidak adil berlaku selepas kematian pemunya harta sangat kerap sehinggakan sanggup memutuskan sillaturrahim adik beradik apatah lagi talian saudara lain.

Dalam scope Takaful, pentingnya kesedaran hibah sebagai alat paling cepat dan mudah cair sekiranya seorang breadwinner meninggal dunia sebagai perlindungan kewangan untuk kehidupan seorang isteri, anak-anak, ibu ayah dan orang2-orang tersayang.

mbk
0192853910


PENGUMUMAN

$
0
0
Salam tuan/puan/cik, jika memerlukan sebutharga bagi perlindungan + perubatan + pelaburan (serta pencen) saya sedia buatkan (free sahaja) . Sila berikan nama penuh, pekerjaan, tarikh lahir dan alamat email. 

Nanti boleh saya emailkan sebutharga seperti yang dipohon.

E-mail saya : mardiyah79@gmail.com


mbk
0192853910

Viewing all 551 articles
Browse latest View live