Quantcast
Channel: Celik Takaful: Cik Puan Mbk : 0192853910 (WhatsApp, SMS sahaja)
Viewing all 552 articles
Browse latest View live

TAHUKAH ANDA?

$
0
0

Tahukah anda?
Harta si mati perlu dituntut. Itu adalah hak si mati. Tapi tahukah anda bahawa, urusan faraid di Malaysia paling cepat untuk diproses akan mengambil masa 18 bulan.

Tahukah anda?
Seorang isteri hanya berhak mendapat 1/8 daripada harta bersih suami. Sekiranya anda tinggalkan RM1 juta, isteri hanya layak mendapat RM125,000.

Tahukah anda?
Untuk anda menuntut harta si mati, anda memerlukan modal yang sangat tinggi. Caj guaman untuk harta yang melebihi RM900,000 sahaja sudah RM16,000 lebih. Jangan lupa harta si mati perlu dinilai, sekiranya nilai harta Rm225,000, caj pengurusan adalah RM7,000. Semuanya duit.

Tahukah anda?


Bahawa sebaik sahaja si mati meninggal, SEMUA akaun bank akan dibekukan. KWSP, ASB, dan semua jenis perbankan akan dibekukan sehinggalah selesainya urusan faraid.

Tahukah anda?
Sebanyak RM 66.6 billion harta beku yang belum dituntut oleh umat Islam di Malaysia?

Tahukah anda?
Bahawa di dalam Takaful, adanya kaedah HIBAH, iaitu hadiah yang diniatkan oleh si mati sebelum meninggal untuk dilitinggalkan kepada mereka yang disayangi. Dan tahukah anda, proses claim dalam Takaful hanya mengambil masa 2 minggu sahaja dan cheque akan diserahkan kepada pewaris.

Tinggalkan sebanyak mungkin DUIT CAIR kepada orang yang anda sayang. Selepas ketiadaan anda, mereka perlukan DUIT untuk teruskan hidup.

‪#‎kempenhibahkan1juta‬


Cik Puan Mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Ingat seronok sangat ke anak sendiri mati dan dapat duit ni?

$
0
0
Gambar sekadar perhiasan.

Client aku umur baru 14 hari meninggal dunia, 2 bulan lepas. Ikut polisi, parents akan dapat pampasan meninggal RM2,000.

Lama dah aku mintak sijil mati tu dari si ayah. Prudential Takaful nak benda tu sebagai bukti kematian.

Minggu lepas baru ayah dia pos. Tu pun berat hati dia nak bagi.

"Nanti boleh dapat balik tak sijil ni? Aku nak simpan buat kenangan. Jangan hilangkan tau."

Nampak? Duit tu tak bernilai pun pada dia. Takkan la ayah dia pakai 2,000 tu beli iPhone 6s baru. Aku percaya, mesti diorang ambik sikit, sedekah atas nama arwah anak.

Same case jugak. Sesetengah kawan aku reply, bila aku propose untuk buat Hibah (hadiah) pada isteri/parents/family kalau dia mati.

"Taknak aku bagi duit kat bini aku. Nanti dia joli dengan duit tu kahwin lain."
Come on bang. Janganla bersangka buruk kat isteri sendiri.

Silap2 pampasan mati RM200,000 tu. Separuh dia buat belanja dia dan anak, separuh lagi buat sedekah atas nama hang !

Kubur hang kat bawah tu daripada sempit jadi luas macam padang bola, daripada gelap gelita scary, tiba2 cerah. Siap ada chandelier lagi haa !

Pointnya, kalau ada prospek aku, seorang suami cakap : Aku mati, pandai2 la bini aku hidup. Hang memang jual ikan ! (Baca : selfish)

Ok den ada appointment. Member ni nak buat hibah untuk family dia.

Tengah fikir nak hibahkan RM100,000 (RM50/month) atau RM200,000 (RM100/month).

Ni jumpa nak consult la ni. Rajin betul hang baca sampai habis ye.


cik puan mbk
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Saya sedang jalankan kempen Hibah. Mohon support saya!!!

$
0
0

Saya sedang giat membuat kempen hibahkan wang tunai kepada orang yang anda sayang dengan minimum RM100 sebulan. 

Pengiraan kasar :

Lelaki, umur 30 : RM 200,000 + saving
Lelaki, umur 40 : RM 100,000 + saving

Untuk apa anda tinggalkan wang tunai kepada mereka?

1. Langsaikan hutang anda dan keluarga
2. Wang untuk mereka menguruskan harta anda
3. Sara hidup mereka sepanjang anda tiada

Dengan hanya RM100, untuk keluarga yang anda sayang. 

Atau anda boleh beri kepada rumah anak yatim. MasyaAllah mudahan urusan anda di sana dipermudahkan atas amal jariah semasa hidup anda.

cik puan mbk
0192853910

Kempen 1 Juta Polisi

$
0
0
Apa perasaan si isteri bila arwah suami hibahkan RM 1 Juta? 


Apa perasaan ayah bila anaknya hibahkan duit RM 1 Juta?



Apa perasaan anak bila ibu / ayah hibahkan RM 1 Juta?

Takaful bukan saja pentingkan kad perubatan semata-mata. Takaful juga menjaga kepentingan untuk:-

a. Melindungi pemilikan hartanah
Kebiasaanya kita biasa dengar MRTA. Yang mana jika penama rumah meninggal atau cacat kekal menyeluruh, maka pihak bank akan tolong bayarkan dan pewaris dapat rumah. Jika penama menghidap penyakit kritikal, penama masih kena bayar. TIDAK pada Takaful, jika penama rumah meninggal, cacat kekal menyeluruh atau diagnose penyakit kritikal, maka Takaful akan waive dan pihak Takaful tolong bayarkan loan bank dan pewaris siap dapat extra cash value lagi (Kebanyakkan ejen nama kan ia sebagai saving).

b. Boleh dijadikan sebagai plan penggantian gaji

c. Melindungi tabungan simpanan bulanan

d. Menolong melangsaikan hutang piutang

Dengan andanya peninggalan harta sebanyak RM 1 Juta ini, dapatlah pewaris membayar lebihan loan rumah yang ada, boleh buat belanja atau untuk kelangsungan hidup, duit tabungan tak terjejas. Boleh bayar hutang korang semua. 
Siapa sangka dengan harta yang ditinggalkan ini dapat membantu meringankan beban pewaris 



Cik Puan mbk
0192853910

BETTER AKU SIMPAN JE RM400 SEBULAN, LAGI UNTUNG DARIPADA AMBIK POLISI SATU JUTA

$
0
0
A : aku rasa lagi untung kalau aku simpan duit rm400 sebulan daripada aku guna utk bayar polisi satu juta ringgit tu. yang tu belum tentu lagi dapat.

Z : ok jer kalau nak buat mcm tu. kalau kau umur panjang,in shaa Allah banyak tabungan kau nanti.
A : betul. itu sebab aku rasa better simpan.

Z : kalau umur panjang. kalau umur pendek? bukan nak minta kau mati cepat. tapi kan takde sapa tahu. if after 3 tahun kau mati dah, mcm mana?

Z : kalau ko semata mata saving, waris ko ada RM400 x 12 x 3 = RM14,000 sahaja. tapi kalau kau ambik polisi ni, RM 1,000,000+ savings untuk keluarga kau.

mbk
Perunding Takaful
019-2853910

credit FB Zaman Kini

NILAI SATU JUTA BUAT BALU 5 ANAK

$
0
0


Puan Tata dan 5 anaknya bersyukur kerana arwah suami meninggalkan RM 1 JUTA atas namanya. Beliau tak berhasrat berbelanja mewah dgn wang tersebut.

Beliau akan letak semua wang tu dalam akaun tabung haji dan akan ambil dividen sahaja kelak untuk menampung kehidupan seharian.

Nota : Dividen RM60,000 setahun or RM5000 sebulan jika TH bagi 6% setahun

credit: FB Zaman Kini

mbk
perunding takaful
0192853910

APA MAKSUD POLISI SATU JUTA RINGGIT?

$
0
0
Maksudnya,
•Jika kita ditakdirkan meninggal dunia DI ANTARA umur SEKARANG hingga 80/100 TAHUN, Prudential BSN Takaful akan bagi RM1JUTA+ SAVING pada family awak•
Average umur rakyat Malaysia ialah 72 tahun bagi lelaki dan 74 bagi perempuan.


mbk
perunding takaful
0192853910

Hadiahkan 10 tahun Gaji untuk keluarga

$
0
0
Kami  menawarkan PELAN PERLINDUNGAN GAJI. Waktu anda SUDAH TIADA GAJI, pihak Takaful akan beri KELUARGA ANDA 10 tahun gaji.

Jom Tonton Video Penerangan Daripada kawan saya , Saudara Zaman Kini.



Nota : Video dengan durasi 6 minit 39 saat ini adalah satu mock presentation antara  Zaman Kini dan juga  rakan
Mardhiah AL Juffri. Tajuk ialah INCOME REPLACEMENT 10 TAHUN GAJI. Video dirakam menggunakan kamera selfie iphone 6 dengan bantuan Lense tambahan.


Sorry tak dapat nak tepek video di blog ini. Bukan upload melalui YouTube.

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

HADIAHKAN 10 TAHUN GAJI UNTUK KELUARGA PART 2

$
0
0
Tanggungjawab seorang anak tidak kira lelaki atau perempuan adalah untuk memberikan yg terbaek kepada ibu bapa.. 

Salah satunya adalah dengan mengisi wang poket ditangan ibu ayah sebagai perbelanjaaan mereka.. Sebanyak mungkin semampu kita..

Namun, fikirkah kita jika kita meninggal dunia, siapakah yg akan menyambung tanggungjawab kita untuk mengisi wang di tangan ibu dan ayah? Atau kita adalah orang yang memang jenis melepaskan tanggungjawab kepada org lain termasuk adik beradik??

Apakah gembira dan leganya mereka jika hidup kita sebelum dan selepas mati, tapi tanggungjawab masih berjalan?

Tinggalkan kepada mereka yg kita sayang, sebagai bekalan dunia mereka dan sedekah terakhir dari kita..


MBK
PERUNDING TAKAFUL
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Apa itu plan 10 tahun gaji?

$
0
0
Jumlah pendapatan 10 tahun! Kenapa perlu 10 tahun? Cuba lihat contoh di bawah:


Jom kita cuba kira...

Gaji sebulan = RM8,000
Maka setahun = RM8,000 x 12 =RM96,000.
Maka 10 tahun = RM96,000 x 10 = RM960,000.

RM960,000 ini adalah jumlah perlindungan Takaful/Insurans.

Bila anda sudah tiada atau total permanent disability, kos perbelanjaan dijangkakan akan berkurang. 

Andaikan kos sara keluarga RM5,000 sebulan (RM60,000 setahun).

Pampasan = RM960,000.

Kos sara hidup tahun pertama = RM60,000

Baki pampasan = RM960,000 - RM60,000 = RM900,000

Baki pampasan ini boleh dilaburkan ke investment vehicle contohnya Tabung Haji sebagai contoh untuk mendapatkan dividen. Andaikan dividen sebanyak 7% setahun.

Dividen tahunan = RM900,000 x 7% = RM63,000

Oleh itu, dengan adanya dividen tahunan yang konsisten setiap tahun, keluarga anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Isteri yang dulunya seorang suri rumah tidak perlu keluar berkerja sebaliknya boleh memberi perhatian yang sepenuhnya untuk menguruskan anak-anak.

Bila anda sepatutnya mengambil pelan ini?

SEKARANG! Melainkan anda tahu bila anda akan pergi. Jom saya tolong anda design satu pelan mengikut keperluan dan bajet anda.


mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

credit: megathazwan

KISAH PERBUALAN TELEMARKETING INSURANS

$
0
0
Terima panggilan telefon dari telemarketer berkenaan dengan insurans Personnal Accident. Disebabkan saya nie salah seorang pengguna kad minyak Caltex, saya terpilih untuk mendapat tawaran insurans Personnal Accident. Setelah habis penjelasan manfaat-manfaat kemalangan, maka saya pun bertanyalah:-

M: Boleh tak pihak Insurans e-mail polisi atau manfaat-manfaat perlindungan yang bakal saya dapat?

T: Tak boleh puan. Pihak kami hanya beri penjelasan di talian telefon sahaja.

M: Huh!! (Blur)... Tak perlah saya nie ejen Takaful... Terima kasih..

T: Terima kasih kerna sudi mendengar

Saya memang blur. Saya sebenarnya tak ingat langsung manfaat-manfaat personal accident tue. Sebab itu saya mohon emailkan. Bila kata cuma penjelasan di talian saja.. tue yang tak berkenan. Kalau jadi apa-apa, macam mana lah nak buat sebarang tuntutan. Mungkin pihak mereka akan beri jika kita bersetuju. Tapi.. masih nak tahu manfaat apa yang cover sebelum persetujuan dibuat. Teringat kisah seorang ayah yang tak dapat buat tuntutan kerana tiada manfaat ditawarkan didalam polisi tersebut.

Maka berhati-hati semua!!! Kalau terima pun, mohon mereka email polisi itu agar kita tahu apa yang pihak mereka cover. Jangan main bayar sahaja.


mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

PAMPASAN SATU JUTA RINGGIT YANG TELAH DITUNAIKAN KEPADA WARIS PEMILIKNYA

$
0
0
Arwah telah mencarum selama 2 tahun atas kesedaran sendiri.

Gambar sekadar hiasan
Beliau upgrade ke POLISI SATU JUTA RINGGIT pada tahun ke-3 seperti berikut :
RM1 JUTA - sekiranya berlaku kematian@TPD
RM360K - sekiranya berlaku sakit kritikal
RM750K - nilai medical card.
FREE MONTHLY PAYMENT -once diagnose critical illness
Takdir Allah, arwah mendapati perut beliau tidak surut selepas melahirkan anaknya yang ke3.
Lalu menjalani MRI dan doktor mendapati beliau cancer perut tahap 4 dan doktor kata beliau ada 2 bulan saja untuk hidup.
Namun semangat arwah melihat anaknya membesar sangat kuat. Kuasa Allah. Ajal dan maut dalam perhitungannya. Beliau survive untuk 3 tahun lamanya. Lebih RM600K kos perubatan telah digunakan selama 3 tahun menerusi medical card.
RM360K diberi selepas 2 minggu dokumen lengkap dihantar untuk memproses critical illness claim dan polisi berterusan secara PERCUMA
Nota :(bayaran kritikal illness mengurangkan bayaran pampasan kematian)
Dan di bawah adalah cheque terakhir arwah. Amanah Arwah untuk disampaikan kepada warisnya untuk mereka meneruskan kehidupan. 
Pelan perlindungan tak terasa penting ketika kita sehat, tapi sangat bermakn ketika kita tidak mampu lagi untuk nak fikir apa apa....

Credit to : Kak Saifaliza Masom, arwah's servicing agent
Copy paste: Zaman Kini

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogpsot.com

Belajar dan pelajari dari kisah orang lain adalah sesuatu yang amat berharga..

$
0
0
Klien : Assalamulaikum Din.. Boleh tolong buatkan Income Protection utk aku RM300,000 dan utk zaujah (wife) RM300,000 tak?..

Saya : W'salam.. Boleh.. Kenapa tiba - tiba hang nak buat ni?? 3 tahun aku dok promote .. Tapi hang buat tak layan ja..

Klien : Tiba-tiba aku rasa, aku kena ambil insurans.. Bulan lepas adik aku meninggal. Umur tak jauh beza dengan aku pun.. Beza 2 tahun ja .. Meninggal sebab sakit jantung.. Bila dia meninggal aku yang uruskan semua.. Pengurusan kematian, hal-hal berkaitan dengan hutang, makan minum anak isteri dia dan semua lah yang dia tinggalkan.. Semua nya aku urus..
contoh keratan surat khabar berkaitan dengan plan 10 tahun gaji
Apa yang paling aku TERHARU bab soal HUTANG dan PERBELANJAAN untuk anak isteri.. Isteri arwah tak bekerja.. Sebelum ni semua urusan arwah yang buat.. Tapi bila dia dah tak ada.. Isteri dia langsung tak tahu nak buat apa.. Sekarang ni dia tengah berkira-kira nak jual rumah untuk menampung perbelanjaan sementara dia cari kerja lain.. tu yang terpaksa cover balik dengan jual rumah sekarang.. Buat sementara waktu ni isteri arwah dok dengan mak ayak dia kat kampung..

Bila jadi macam ni baru aku terfikir bagaimana kalau aku yang MATI??? Bagaimana anak dan isteri aku??? Siapa yang nak uruskan semua perbelanjaan mereka?? Siapa nak settlekan hutang-hutang aku ??? Rumah dan tentu la jadi FREE.. tapi yang lain-lain lagi..

Sejak arwah meninggal aku tido tak lena.. Aku rasa KEMATIAN tu dekat sangat…jadi sementara aku boleh buat sesuatu untuk family aku.. lebih baik aku buat keputusan sekarang… AKU TAK MAHU APA YANG MENIMPA PADA FAMILY ARWAH akan terjadi pada FAMILY AKU bila aku dah tak dak nanti…

*bagaimana diri kita ??? adakah kita nak tinggalkan orang-orang yang kita sayang berhadapan dengan situasi begini ???

“UNTUK APA PERLU BERKIRA, SEKIRANYA ANDA MAMPU BUAT YANG TERBAIK UNTUK MEREKA???

Credit : UD
copy n paste : mat putra takaful.

mbk
perunding takaful.
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

PENERANGAN UNTUK POLISI SATU JUTA RINGGIT

$
0
0



Amin: Kak, boleh terangkan sedikit pasal polisi 1 juta ni?

Agent : Amin, thanks sebab sudi bertanya. Polisi RM1 JUTA ni bermaksud, jika pemegang polisi meninggal dunia atau hilang upaya kekal akibat kemalangan atau penyakit, maka Takaful akan serahkan cek bernilai RM1,000,000 pada amin sekeluarga. Amin ada 1 juta dalam akaun sekarang ?

Amin : takde lagi.

Agent : Akak pun takde. Nak kumpul 1 juta dalam akaun, kita kena simpan dalam tabung haji RM1000 sebulan selama 30 tahun. Kalau panjang umur Alhamdulillah. Tapi mati kan bila bila masa jer. So polisi RM1 JUTA ni adalah back up kita jika "dipanggil awal".

Amin : betul tu. Mahal tak kak, bayaran bulanan?

Agent : untuk umur dan pekerjaan amin, contribution tak sampai RM400 sebulan. Cuba tanya wife amin, dia setuju tak amin tinggalkan 1 juta?

Wife Amin : saya ok jer. (Tersenyum)

credit: FB Zaman kini.

Nota umur dan pekerjaan: Umur 27-39 , pekerjaan risiko kelas 1 (Terlibat dalam perkerjaan profesional, pentadbiran, pengurusan dan pekerjaan tidak manual.)

mbk
perunding takaful
019-2853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

TAHUKAH ANDA "HARTA" PAMPASAN TAKAFUL BOLEH DIBAWA KE DALAM KUBUR?

$
0
0
Ramai salah faham pasal benda ni.bila kita mati, harta pampasan takaful hanya bermanfaat pada orang yang masih hidup. kita yang dah mati tak dapat apa apa pun....Betulkah????????
.
Well,betul la tu..manfaat akan pergi pada anak,isteri dan mak ayah kita yang masih hidup. dengan harta tersebut, mereka makan,minum,membeli pakaian,membayar hutang,naik haji,sedekah, isi minyak pergi masjid,berniaga,hantar anak pergi universiti,dan banyak lagi.
.
Kita dalam kubur dapat apa???JANGAN RISAU, IN SHAA ALLAH KITA DAPAT PAHALA YANG TIADA HENTINYA...YANG SENTIASA MENGALIR DAN MELAPANGKAN KUBUR DAN AKHIRAT KITA.
.
Sedarilah bahawa harta hibah/pampasan yang kita tinggalkan adalah dikira sebagai SEDEKAH JARIAH yang bermanfaat buat mereka yg masih hidup. 
.
Hadis menyebut bahawa bila meninggal anak adam terputus semua amalnya dgn dunia kecuali tiga iaitu doa anak soleh, ilmu yang bermanfaat dan SEDEKAH JARIAH.
.
Jadi harta pampasan kita akan bermanfaat pada yang hidup NAMUN beribu ribu kali lebih bermanfaat pada kita di alam barzakh..in shaa Allah.
.
Jadi jangan pernah merasa rugi mengambil TAKAFUL!!!kerana takaful bermanfaat untuk dunia dan akhirat in shaa Allah.

credit:
Kamarulzaman Bin Nasib

Nota Cik Puan Mbk: Semakin banyak anda berhutang .... semakin banyak perlindungan dalam bentuk Khairat Kematian dan Perlindungan Penyakit Krikal yg mesti anda ada.

mbk
perunding takaful
0192853910

KISAH BENAR : BOS BAIK HATI NAK TANGGUNG KOS PERUBATAN KERANA TIADA TAKAFUL PERUBATAN

$
0
0

Nak berkongsi satu kisah benar..minggu lepas abang kepada seorang kawan saya terlibat dalam satu kemalangan..dia di bawa ke salah sebuah hospital kerajaan..ini satu kes kecemasan tetapi proses untuk di masukan ke wad ambil masa berjam-jam..keluarga begitu kecewa dengan perkhidmatan yang di berikan..selepas beberapa hari berada di wad keadaan pesakit semakin tenat tetapi hospital itu tidak mengambil tindakan yang sewajarnya,,keluarga pesakit itu mengambil keputusan supaya pesakit itu di bawa ke hospital swasta setiba nya di sana, pemeriksaan terus di jalankan dan di dapati terdapat satu ketulan darah beku di kepala, dan pembedahan terus di lakukan...walaubagaimanapun pembedahan tersebut menelam kos RM 10,000 dan pesakit tidak mempunyaai insurans perubatan nasib baik lah syarikat tempat dia bekerja bermurah hati menanggung kos tersebut...apa yang saya ceritakan ini adalah kisah benar-benar berlaku..pilihan di tangan anda tak kira walaupun anda kakitangan kerajaan ke swasta ke ada ada pilihan untuk memilih yang terbaik..kalau saya sendiri pun tak de simpanan RM 10,000 ,so sebagai langkah perlindungan saya miliki kad perubatan ..sediakan payung sebelum hujan..

kongsi cerita dari forums cari.com

mbk
perunding takaful
0192853910

Nak ambil takaful tetapi tidak mampu. Ini caranya

$
0
0

Bayaran bulanan takaful kadang kala menjadi beban bagi sesetengah orang terutama mereka yang berpendapatan rendah. Apabila ini terjadi, ramai yang terpaksa mengelak untuk mengambil pelan perlindungan tersebut walaupun mereka faham ia adalah penting.

Bagi mereka yang mempunyai gaji tinggi, mungkin tiada masalah untuk mencarum takaful. Namun, lain pula bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana kos yang tinggi menjadi halangan untuk mengambil pelan perlindungan.

Apabila sesetengah pemegang polisi tidak mampu untuk membuat bayaran setiap bulan secara tetap, maka polisi tersebut boleh terbatal dengan sendirinya.

Bagi mereka yang bergaji rendah tetapi masih mahu mengambil takaful, anda mungkin boleh baca dan kaji beberapa faktor seperti berikut:

Bajet
Pengurusan kewangan yang baik biasanya menetapkan pengambilan takaful tidak melebihi 10% dari gaji yang diterima. Jika gaji anda adalah RM2,000 sebulan, ini bermakna anda hanya boleh ambil pelan takaful sehingga RM200 setiap bulan sahaja.

Tetapkan had limit anda sendiri bagi mengelakkan beban yang terlalu tinggi setiap bulan dan menyebabkan polisi terbatal kerana tidak mampu membuat bayaran setiap bulan.

Selain itu, cara terbaik bagi mengelakkan anda terlepas membuat bayaran takaful adalah dengan membuat potongan secara automatik melalui akaun bank anda. Dengan cara ini anda tidak perlu risau tentang masalah pembayaran kerana anda telah meletakkan takaful sebagai perbelanjaan yang utama.

Keperluan
Setiap orang mempunyai keperluan pelan perlindungan yang berbeza mengikut kadar risiko masing-masing.

Orang yang bekerja di pejabat mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding mereka yang bekerja di atas jalan raya. Oleh itu, tetapkan had bayaran bulanan mengikut kadar risiko anda.

Selain itu, semak juga kad perubatan yang telah disediakan oleh kebanyakan majikan. Jika sesetengah kos perubatan sudah dibiayai oleh majikan, tidak perlu untuk ambil kad perubatan yang sama. Anda hanya perlu ambil kad perubatan luar yang tidak dibiayai oleh majikan anda.

Produk
Kebanyakan ejen takaful pada hari ini akan cuba mempromosikan pelan perlindungan yang digabungkan sekali dengan pelan pelaburan. Apabila pelan tersebut mempunyai fungsi tambahan, ini bermakna caruman bulanan anda akan meningkat.

Jika anda rasa terbeban, anda boleh pilih untuk mengambil pelan takaful hayat bagi perlindungan diri anda sahaja dengan syarat majikan anda menawarkan faedah kad perubatan. Cara ini dapat mengurangkan kos bulanan anda.

Perkara yang perlu anda faham adalah semakin banyak manfaat pelan perlindungan tersebut, semakin tinggi caruman bulanan. Oleh itu, pilih produk yang terbaik supaya anda tidak membayar takaful yang terlalu mahal tetapi manfaat yang sedikit.

Bermula awal 
Jika anda adalah seorang lepasan universiti, takaful adalah antara perkara utama yang perlu anda fikirkan. Hal ini kerana anda masih muda dan caruman takaful setiap bulan masih lagi rendah.

Selain itu, ketika muda juga anda masih lagi sihat dan jauh dari sebarang masalah kesihatan atau penyakit yang boleh menyebabkan caruman bulanan anda meningkat. Permohonan polisi anda juga mungkin akan ditolak jika anda sudah menghidap pelbagai jenis penyakit.

Anda juga digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Caruman bagi mereka yang merokok tidak sama nilainya dengan mereka yang tidak merokok. Ini kerana perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam pemilihan pelan perlindungan anda.


mbk
perunding takaful.
0192853910

CUBA TANYA ISTERI DAN SUAMI SEBELUM TIDUR NANTI

$
0
0
CUBA TANYA ISTERI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah takde, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda suami kene kena ambil satu pelan takaful.

CUBA TANYA SUAMI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah saya pergi dulu, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda isteri kene kena ambil satu pelan takaful.
Pesan kat dia, duit tu bukan untuk HANTARAN KAWIN DIA DENGAN PEREMPUAN LAIN.

credit: FB Zaman Kini.

mbk
perunding takaful
0192853910

7 Perbezaan Mudah Takaful Perubatan (Medical Card) vs Takaful Hayat

$
0
0
Semoga bermanfaat untuk anda lebih mengenali 2 jenis insurans yang menawarkan perlindungan yang berbeza ini.

PERBEZAAN MEDICAL CARD (TAKAFUL PERUBATAN) DAN TAKAFUL HAYAT SAHAJA
1. Medical card itu bersifat bayar balik (reimbursement) – bayar balik bil perubatan saja. Itu pun banyak peraturan dan prosedurnya.Takaful hayat pula bersifat pampasan (compensation) – pampasan dapat lumpsum dalam nilai yang besar. Tak banyak songeh sangat, kalau dah mati, matilah.

2. Medical card bayar kepada hospital.
Takaful hayat bayar kepada pelanggan.

3. Medical card tiada guna jika kita mati dilanggar lori.
Takaful hayat ada guna, dibayar sekaligus kepada keluarga (lumpsum)

4. Medical card boleh bayar bil potong kaki (amputation), tapi tak dapat bayar kerusi roda, kaki palsu, peralatan bantuan, kehilangan pendapatan.
Takaful hayat boleh guna wang pampasan untuk bayar peralatan sokongan dan ganti pendapatan.



5. Medical card hanya dapat claim satu saja setiap kali masuk hospital.
Takaful hayat jika ada banyak pun dapat claim semua (jika disahkan mati, cacat kekal atau berpenyakit kritikal)
6. Jika manfaat kematian takaful hayat lebih besar dari harga rumah, bank lebih suka pada kita dan tak paksa kita beli insuran loan rumah daripada mereka.
Medical card tak boleh buat begitu.
7. Medical card hanya bayar hutang hospital swasta. Hutang peribadi masih sangkut.
Takaful hayat boleh digunakan sebagai fungsi membayar apa-apa hutang peribadi setelah kita pergi supaya roh kita tak sangkut.
kredit: FaizNajmi

mbk
perunding takaful
0192853910

Hibah dalam Takaful adalah satu cara yang sangat berkesan dalam WEALTH DISTRIBUTION ataupun Pembahagian Harta

$
0
0
Hibah dalam Takaful adalah satu cara yang sangat berkesan dalam WEALTH DISTRIBUTION ataupun Pembahagian Harta. Terutamanya kepada

1. Pasangan yang tidak mempunyai anak lelaki

2. Pasangan yang tidak mempunyai anak kandung tetapi mempunyai anak angkat yang disayangi

3. Lelaki yang berkahwin lebih daripada satu dan sayang kesemua isterinya( Poligami)

4.Individu yang single atau sebatang kara tidak mempunyai keluarga

Nak tahu details bagaimana HIBAH dapat membantu , jom hubungi saya untuk kita sembang kopi. Demi kesejahteraan keluarga tersayang yang ditinggalkan.

Sila Share atau tag rakan/keluarga anda yang memerlukan penerangan khusus tentang ini.

Sila Klik link dibawah untuk pembacaan artikel Hibah disiarkan oleh BH Online.

mbk
Perunding Takaful
0192853910
Viewing all 552 articles
Browse latest View live