Quantcast
Channel: Celik Takaful: Cik Puan Mbk : 0192853910 (WhatsApp, SMS sahaja)
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

Mak... Saya nak mak carumkan Saya takaful infant . Bisik hati kecil anak

$
0
0

Just nak beritahu pada bakal mama dan bakal ayah. Sekarang dah ada Takaful infant. Baby dalam kandungan seawal usia 14 minggu dah boleh ambik takaful. Apa tue takaful infant? Takaful infant nie ditawarkan manfaat penyakit koginental yg mana kalau tengok semua takaful operator tak akan cover penyakit konginental Nie. Kalau baby dapat neonatal jaundice takaful infant akan beri allowance. Paling maksimum rm1000. Masuk icu atau hdu pun ada allowance. Cover pulak penyakit berjangkit macam HFMD tue. Kalau nak kad perubatan boleh tak? Boleh... Apply sahaja.

Tue saja kita nak citer. Moga dibuka pintu hati mama dan ayah sekalian untuk mencarum takaful infant nie. Kan bagus kecik-kecik dah ada takaful.

http:/www.wasap.my/+60192853910

#takafulinfant
#impian
#cpmbk
#Tabunganak
#TabungWanita





Saya minat..... Tapi nak tanya isteri.....

$
0
0
"Saya minat dengan Hibah Takaful RM500,000 ni. Tapi, saya nak tanya isteri saya dulu."

Eh, hibah ni adalah hadiah awk kepada isteri. Takkan awak nak tanya, "Abang nak bagi hadiah kat sayang ni. Boleh tak?".

Apatah lagi kalau isteri awak tu seorang surirumah. Tak bekerjaya. Takkan awak tak nak bagi dia apa-apa hadiah? kan?

Isteri nak kerja awak tak benarkan, simpanan tak tolong buatkan, rumah tak belikan, hibah tak buatkan, kesian kat isteri tu.

Isteri, anda pujuk suami buat Hibah tu bukan bermakna anda mata duitan, tapi duit tu nanti nak guna untuk besarkan anak- anak anda juga!

Isteri, bila anda suruh suami buat Hibah tu tak bermakna anda suka suami anda mati. Dia pasti mati, itu realiti. Mati itu Pasti. semua kita akan mati.

Anda dah ready?

#takaful
#hibah
#TabungWanita
#cpmbk


Suatu malam di KFC Rawang

$
0
0
27.08.2018- KFC Rawang

Pertama kali dapat appointment dengan bukan melayu. Bakal klien saya nie seorang wanita yang berumur 23 tahun. Masih muda. Tapi, pada malam appointment itu, saya jumpa adiknya. Pun masih muda. Bagus adiknya datang mewakili kakaknya kerna kakaknya masih belum pulang dari kerja. Kerna waktu pun dah agak lewat, saya cuma terangkan manfaat kad perubatan pada adiknya.  Keinginan nak mencarum kad perubatan kerna dirinya sering tak sihat. Dan tempat kerja hanya  cover SOCSO sahaja.

Apa yang saya pelajari dari kisah ini:-
1.  Lumrah manusia pabila dilanda krisis contohnya ditimpa sakit, baru nak mencari jalan bagaimana nak cover kos rawatan ditempat yang selesa dan cepat dapat rawatan
2. Pihak takaful tak akan cover penyakit sedia ada. Kalau ingin memohon takaful, mohon declare penyakit sedia ada untuk elak dari Non Disclosure isu.
3. Saya kagum dengan tanggung jawab seorang adik yang ambil berat akan kakaknya. Sanggup wakili kakak untuk datang dengar manfaat kad perubatan.
4. Semasa saya menunggu klien saya sampai, saya sempat perhatikan gelagat manusia. Kebanyakan yang datang ke KFC adalah yang punyai keluarga dan remaja (pelajar sekolah). Apa yang menarik hati saya, setiap kali satu keluarga datang, anak lelaki atau ayah akan membaca doa makan. Saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah, ada keberkatan setiap rezeki Allah kurniakan.

Oh ya. Bila saya tanya, macam Mana dapat no handphone akak? Dia jawab melalui blog akak.

Blog? 😊😀

www.akupenjualinsurans.blogspot.com

Selamat Pagi 🌻 semua. Moga tak bosan coretan pagi ini.

Disclaimer: Saya izinkan sesiapa nak share atau copy paste. Mohon kongsi jika anda rasa status ini bermanfaat. Moga kita dapat sebarkan ilmu Takaful untuk semua.

#celiktakaful
#takaful
#cpmbk

Ini cerita keluarga Mr A

$
0
0
👪 🚗🏠.

Mr A 30tahun, berkahwin.
Ada 2 orang anak.

Seorang pegawai kerajaan bergaji rm8000 setelah 8tahun berkhidmat.

Sebahagian gaji digunakan untuk bayar rumah, dan kereta. Selebihnya untuk perbelanjaan harian dan simpanan.

Mr A telibat dalam kemalangan. Spinal cord injury. Lumpuh.

Tidak dapat bekerja. Berapakah pencen mr A dapat?

✅Hadiah/ganjaran: 7.5% x rm5000 (basic gaji)

x 96 bulan( 8tahun perkhidmatan) =

rm36,000.##

✅Pencen: 1/600 x rm5000x 96

= rm800##‼️ syarat atleast 1/5gaji. Maka

akan dapat rm1000✔️

🏠 rumah percuma, sebab telah TPD. Insuran/takaful cover.

🚗kereta percuma, sebab telah TPD. Insuran/takaful cover. ( kena ambil berasingan dengan loan kereta).

🤵🏻Mr A, pesara kerajaan, LUMPUH.

Cash rm36,000. Pendapatan bulanan rm1000.

Persoalan utama:

1. Adakah cukup perbelanjaan bulanan Mr A.?

2. Mr A lumpuh. Adakah cukup perbelanjaan bulanan? Beli pampers? Beli ubat-ubatan? Beli supplement?

3. Siapakah yang akan jaga Mr A? Jika isteri surirumah, isteri akan jaga. Jika isteri bekerja?

    -isteri berhenti kerja dan jaga. (Hilang satu 
      sumber pendapatan).
    -isteri upah orang gaji untuk jaga.
    - isteri melarikan diri bersama anak.

4. Jual sahaja kereta dan rumah itu. Ambil masa berapa lama untuk dijual? Adakah itu aset mudah cair? Berapa kah nilai semasa?

Letak kan kita di situasi Mr A. Apakah pelan kita?

Kredit: Dr Muhammad Rahmat.

Policy Lapsed!!!

$
0
0

Policy lapsed ini bermaksud, polisi TIDAK berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat takaful tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai polisi anda lapsed. Perkara ini sering berlaku kerana tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar caruman pada masa yang telah ditetapkan.

Diingatkan sekali lagi JANGAN Biarkan POLISI anda LAPSED. Seperkara lagi, kalau policy dah LAPSED, dan anda hidupkan balik, kena tunggu 120 hari grace period semula. Dan kalau ler anda sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace period,  memang TIDAK BOLEH nak claim dan guna medical card!!

P/s: untuk client2 saya yang ada polisi lapse saya dah personal message kalian.. Terima kasih..


31.08.2018- Rezeki

$
0
0

#TB

Suatu hari, pagi Merdeka....

Cuti merdeka nie anda buat apa? Saya berpeluang menziarah klien saya di Klang untuk "collect" dokumen untuk buat tuntutan "post hospitalization". Seorang ibu tunggal yang cekal dalam membesarkan 4 orang anak dan kesedaran takaful lahir akibat menempuh kisah duka setelah kematian suaminya. Semasa hayat suaminya ada, klien saya nie hanyalah seorang suri rumah.  Setelah kematian suaminya, segala sumber pendapatan hanyalah bergantung  pada pencen penakat SOCSO yang dapat tiap bulan dan hasil kelapa sawit (berkongsi dengan adik). Klien saya akui agak sukar pada mulanya kerna  tiada sumber pendapatan yang tetap  dalam meneruskan hidup dan membesarkan anak-anak. Alangkah bagusnya jika ada pampasan takaful sebagai plan penggantian gaji. Kerna pengalaman pahit ini, klien saya mencarum takaful buat anak sulongnya berusia 19 tahun. Ahad ini, anaknya akan berangkat ke Johor untuk menyambung pelajaran dalam ijazah. Moga sukses dik.

Perkara yang dapat saya belajar hari ini:

1. Sebelum sampai ke rumah klien, saya sempat singgah ke gerai jual nasi lemak. Niat di hati nak beli karipap untuk mengalas perut. Sambil tue nak beli sedikit kuih untuk klien dan keluarga. Akan tetapi duit tinggal sikit jer dalam beg. Adalah beberapa ringgit. Cukup-cukup nak beli kuih untuk klien. Semasa nak bayar, tiba-tiba mak cik jual nasi lemak sedekahkan bee hun goreng buat saya. Saya hanya beli kuih 4 ketul jer berharga RM2.00. Sambil tersenyum, mak cik kata dia beri lebih sikit sebagai hadiah buat saya kerna datang dari jauh (ulu kelang) ke Klang. Moga dilimpahi rezeki sentiasa dan dipermudahkan segala urusan buat mak cik. Amin. Alhamdulillah, perut kenyang hati senang.

2. Pada mulanya memang niat nak "collect" dokumen untuk tuntutan. Tiba-tiba klien saya suruh buat quotation dan terus setuju untuk mencarum takaful buat anaknya yang kedua. Alhamdulillah closed case.😊 Anak yang kedua akan menduduki peperiksaan SPM akhir tahun nie. Moga maju jaya dik.

3. Ibu tunggal bukan status untuk nampak lemah dan putus asa. Wajah klien saya nie cukup lembut. Tapi hatinya cukup cekal, tabah dan sabar. Anak-anaknya dengar kata. Bertuah klien saya nie. Allah tarik nikmat, dan Allah jualah yang beri nikmat.

4. Saya ada sarankan agar klien saya mencarum plan penggantian gaji. Jika klien saya tiada, maka terputuslah bantuan pencen penakat SOCSO. Plan penggantian gaji boleh GANTIKAN plan pencen SOCSO. Kerna anaknya nak masuk Universiti dan perlukan duit,dia mohon hold dulu.

5. Hujan lebat di Klang. Syukur pada Allah. Sambil makan bee hun goreng dalam kereta sambil nikmati rintikan hujan yang lebat. Indahnya ciptaan Allah.

Balik rumah mak buat nasik lemak. Senyum lagi 😋😊

Merdeka! Merdeka ! Merdeka!

#cpmbk
#takaful
#protection
#TabungWanita
#Tabunganakanak

Oh ya. Saya kenal klien nie melalui blog saya. 😁😉😘

www.akupenjualinsurans.blogspot.com

"Saya, apa-apa hal, Tawakkal saja. Allah kan ada! Yakin pada Allah, bukan yakin pada Takaful"s

$
0
0

Tuan,
Sedangkan unta pun Rasulullah s.a.w. suruh ikat dulu. Bukan main lepaskan je di masjid dan kemudian, serah je bulat-bulat pada Allah. Inikan pula kebajikan diri tuan dan keluarga. Patutnya tuan usaha dulu sebaik-baiknya, baru berserah. Bukan serah je tanpa usaha sungguh-sungguh. Itu amalan konsep Tawakkal yang salah tuan.

Orang alim spt golongan Ustaz pun ada yang ditimpa musibah - jatuh sakit kritikal spt kanser, strok dan serangan jantung. Inikan pula kita orang biasa-biasa ni.

Mungkin tuan belum pernah kena lagi
Atau mungkin tuan ingat, tuan masih ada masa atau kesempatan
Tuan patut berusaha untuk bertakaful dulu sebelum musibah melanda. Bukan lepas musibah dah berlaku, baru nak bertakaful 😊

#cpmbk
#takaful
#hibah

0192853910
Seorang saudagar Arab dengan untanya

Biar status ini berbicara

$
0
0


Pernahkah anda mengalaminya?

#cpmbk
#takaful
#TabungWanita

Edisi Takaful dan rumah: Soalan berkenaan MRTA/MRTT

$
0
0
Soalan :

As salam minta pencerahan:-

1.Betul ke MRTA/MRTT hanya cover principle loan sahaja atau cover sekali dengan intrest? Maksudnya kalau mati free tak?

Ada bayaran lagi kena bayar walau dah di cover dengan MRTA/MRTT?

Betul atau tak ? dan Kenapa?

Jawapan :
👉🏻MRTA/MRTT cover principle. Kalau mati awal-awal oklah insyAllah cukup cover, kalau ada shortfall pun tak la banyak.

Tapi kalau loan dah lama bayar, interest tu yang membuatkan MRTA/MRTT tak cukup cover.

Lagi satu kalau ditambah pulak dengan kenaikan rate BLR la, late charge payment la, itu yang menjadikan MRTA/MRTT selalu memang tak cukup cover.

Kena shortfall besar, jenuh jugak waris, sebab dok ingat mati rumah free.

Soalan :
2.Loan bersama Husband dan Wife, sekiranya salah seorang meninggal, installment bulanan RM2000 sebulan akan jadi 1/2 atau tetap RM2000 juga dan kenapa?

Jawapan :
👉🏻Kalau loan half-half, bila berlaku kematian, monthly payment tetap sama. Cuma tenure loan sahaja berkurangan jadi separuh.

Baru ni client umah 1million. Monthly 6k. MRTT wife setel 500k. Dia ingatkan kena bayar 3k jelah. Tapi still kena bayar 6k.

Pegi bank sama-sama tanya haritu memang tak boleh pun mintak bayar half je. Kena bayar full loan 6k.

Makanya selalulah check baki loan masing-masing walaupun dah 10 tahun bayar, tengok masih setimpal tak dengan MRTA/MRTT coveragenya.

Jangan terkejut kalau loan 300k, dah bayar 10 tahun, tapi baki macam tak susut sangat je.

Sementara masih hidup ni ambik tahu, call bank dan check baki akhir. Jangan main bersangka-sangka je mati rumah free sebab untuk waris nak urus rumah pusaka, loan semua kena setel secara lumpsum.

Ada bankers nak share info pun dipersilakan sama-sama kita bagi awareness kepada masyarakat.

Anda ingin tahu apa penyelesaian terbaik utk anda?

InsyaAllah saya akan bantu

#takafulproperty
#cpmbk
#takaful

www.wasap.my/0192853910


Lagi Edisi Takaful dan rumah: MRTA vs MLTT. Yang mana lebi manfaat di mata anda?

$
0
0
MRTA vs MLTT. Yang manakah bermanfaat? MRTA hanya cover lebihan loan rumah sahaja jika owner meninggal dunia. Base rate ( interest) tak cover. MLTT cover lebihan loan rumah plus base rate (interest) jika owner meninggal dunia. Hasil tolak lebihan loan rumah, pewaris boleh tolong bayarkan hutang arwah, infaqkan harta, buat upah haji.
Yang mana satu pilihan anda?
#takaful



Kisah suri rumah, takaful, suami, kematian, KWSP dan pembaca blog

$
0
0
••••••••••
#Suami #meninggal, isteri tak berhak atas KWSP suami!
••••••••••

Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami meninggal dunia walaupun penama adalah isteri.

Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu?

(Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita).

...

Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.

Bahasa mudahnye nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak.

Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%.

...

Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?

Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah.

Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.

PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.

Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli.

Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak.

Lepas tu akan di agihkan ikut faraid.

Kalau isteri atau anak si mati ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.

•••••

Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama?

Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam).

Pastu jika si mati berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid.

•••••

Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas.

Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!

Bukan gila harta.

Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan.

Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.

Jadi suami-suami, silalah #HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful.

Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.

••••

Banyak cerita kita dengar, suami meninggal, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.

Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan darah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si mati jadi mangsa.

Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati setan dah terbuka luas, nafsu pun bersarang...darah daging sendiri pun tak heran dah.

••••

Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab gila harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.

Fikir-fikirkanlah akhirat sama...

Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas.

Jadi untuk persediaan, mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.

Akak pun dah mula sedar bab ni sebab ajal maut hanya Allah yang tentukan. Bila dah takde, urusan dunia bukan hal si mati dah.

Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.

....

Info lanjut berkenaan fungsi #penama KWSP boleh lah rujuk sini ye..

Info lanjut apa itu HIBAH leh rujuk sini

kredit: 

Herda Johan



Maklumat yang perlu and tahu mengenai kad perubatan

$
0
0
INFO
=====

Tempoh2 yg perlu anda tahu sebagai pemegang kad perubatan

TEMPOH MENUNGGU

Tempoh kedua dan yang paling penting dalam polisi takaful anda ialah tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kad perubatan anda di hospital panel masing-masing. Secara amnya, kebanyakan pengendali takaful meletakkan 120 hari tempoh menunggu sebelum anda layak untuk menggunakan kemudahan ini.

Tujuan tempoh ini diwujudkan adalah untuk memastikan anda benar-benar sihat ketika memohon pelan takaful sekaligus mengelakkan cubaan menipu oleh peserta yang sudah ada penyakit-penyakit spesifik.

i) 0 hari

Sebaik sahaja polisi anda diluluskan, perlindungan untuk kes kemalangan terus berkuat kuasa, bermakna tiada tempoh menunggu diperlukan kerana kemalangan tidak mempunyai simptom.

ii) 60 hari

Apa-apa penyakit kritikal yang terbentuk dalam tempoh 60 hari, penyakit tersebut akan dikecualikan dan tiada bayaran manfaat yang boleh dituntut.

iii) 90 hari

Anda sudah boleh menggunakan kemudahan kad perubatan bagi tujuan rawatan dalam wad terhadap penyakit am seperti viral fever, bronchitis, diarhea dan beberapa jenis lagi.

iv) 120 hari

Perlindungan menyeluruh bermula untuk semua jenis penyakit dan kemalangan yang dibenarkan seperti yang tercatat dalam buku polisi.

TEMPOH SIASATAN

Tempoh siasatan ini adalah selama dua (2) tahun selepas permohonan polisi anda diluluskan. Dalam tempoh ini, pihak syarikat berhak untuk menyiasat latar belakang kesihatan anda sekiranya terdapat unsur yang meragukan semasa membuat tuntutan.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memiliki polisi takaful selama enam (6) bulan tetapi sudah membuat tuntutan menghidap penyakit kanser tahap keempat (iaitu tahap yang kritikal), tuntutan anda akan ditolak. Hal ini kerana penyakit kanser tersebut sudah sedia ada sebelum permohonan takaful dibuat.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengambil tahu tahap kesihatan anda sebelum mengambil mana-mana polisi takaful. Semua syarikat serta produk takaful yang ditawarkan tidak akan memberi pampasan atau rawatan untuk penyakit yang sudah sedia ada.

#cpmbk
#takaful

0192853910

Semangat untuk diri sendiri

$
0
0
Motivasi Jumaat.... 💓

✔Dalam bisnes ni,orang pm tak jadi beli tu biasa...
✔Kita pm dia,dia senyap 1000 bahasa tu biasa...
✔Kata nak bankin tapi tak juga bankin tu biasa...
✔Tanya kita dua tiga empat kali,tapi tak beli,
then malu agaknya dia remove kita tu biasa...
✔Ada yang kata tunggu gaji beli,
dah gaji tak beli juga tu biasa...
.
✔Yang LUAR BIASA tu bila awak terus buat, terus usaha, inshaallah pasti akan ada rezeki dari Allah SWT.

#nevergiveup

Aku Tak tahu Mana yang,akan ku beri kepadamu...

$
0
0
Satu form surrender takaful dan satu lg claim form dialisis buah pinggang rm2800 utk 1 bulan punya cost.

Hakak sebenar cian jgk kt org yg sibuk2 nk surrender takaful dia..alasan nya pulak x pernah claim so rugi je byr...so ko nk cakap yg sakit tu untung le byr..sihat atau sakit ni sbnrnya ujian yg Allah bg kt kita so Allah nk tgk kita ni bersedia tak je menghadapi ujian.bersyukur lah dgn rezeki sihat dan bersyukurlah kita dpt bersedekah dlm membantu org yg ditimpa musibah melalui takaful.melalui sedekah juga Allah bg kita rezeki umur panjang dan sihat tubuh badan..

Client hakak ni mencarum takaful dh 8 tahun lps tu di diognosis kidney failure..bulan2 rm2800 diperuntukan utk cost dialisis.byk ke sikit tu..

#cpmbk
#TabungWanita
#hibah
#takaful

CONTESTABLE PERIOD 2 TAHUN : SEMUA COMPANY/ EJEN WAJIP BAGITAHU CLIENT❗️ =============

$
0
0
====================

Alkisahnya viral 2-3 hari ni pasal claim takaful yang viral mengenai seorang pesakit yang menghidap kanser paru- paru.

Baiklah, apa yang boleh abg tekankan disini SEMUA COMPANY INSURAN/ TAKAFUL mempunyai KLAUSA KEBOLEHTIKAIAN TUNTUTAN UNTUK POLISI BERUSIA 2 TAHUN KE BAWAH.

Apa Yang Patut Ejen & Pemegang Polisi Tahu❓
============

✔️ Untuk menggunakan facility medikal kad lebih baik CALL ejen anda untuk mendapatkan gambaran jelas status polisi anda.

✔️ Ejen perlu advise pelanggan secara telus/ jelas mengenai status medikal kad mereka.

✔️ Jika polisi baharu ( 2 tahun ke bawah ) lebij baik tidak admit dahulu MELAINKAN LIFE THREATNING CONDITION sahaja.

✔️ Dapatkan GUARANTEE LETTER ( GL ) sebelom Doktor meneruskan sebarang PROSEDUR/ IMBASAN MRI @ CT- SCAN / PEMBEDAHAN. Selagi tak dapat GL boleh hold dulu.

KENAPA GL BOLEH DECLINE ❓PENYAKIT DISYAKI WUJUD SEBELOM MEMBELI POLISI LAGI ❗️❗️❗️
=================================

Secara generalnya GL boleh decline jika wujud di sebabkan pihak insuran melalui claim department ( terdiri daripada Doktor Perubatan ) ingin menyiasat status kesihatan @ penyakit pelanggan.

Sebagai contoh; TEMPOH MENUNGGU MEDIKAL KAD 120 HARI namun pada hari ke 130 pelanggan mendapatkan rawatan dan disahkan mempunyai CYST SEBESAR 8CM.

SECARA KLINIKALNYA CYST TIDAK AKAN MEMBERSAR DARI 0 cm ke 8 cm dalam tempoh 10 hari sahaja ❗️

🙏 Oleh itu, pihak insuran akan menyiasat dahulu keadaan pesakit melalui siri soalan soaljawap kesihatan, soaljawap oleh Doktor Merawat atau Doktor serta mana- mana klinik yang pernah dikunjungi oleh pelanggan tadi.

Jika selepas selesai soaljawap ini dan pihak insuran BERPUASHATI bahawa penyakit tadi bukan penyakit sedia ada insyallah GL akan diberikan untuk meneruskan rawatan penyakit semasa tadi.

For info, kes terbaru tahun ini, client wanita berusia 54 tahun didiagnose Ovary Cyst - Polisi baharu 10 bulan CYST sebesar 1.5cm.
Bil hospital RM 23,800.00
Sudah 3 kali rawatan termasuk cuci rahim. Sekarang sudah sihat Alhamdulillah...

Ini menunjukkan kalau pelanggan CLEAN dan SIHAT adalah mudah urusan kerja claim takaful ini.

DISCLAIMER : SEBENARNYA KERJASAMA EJEN & PELANGGAN ADALAH PENTING DAN MUSTAHAK DALAM MENGURUSKAN TUNTUTAN PELANGGAN.

Pelanggan pon kena bagi kerjasama. Insyallah ramai ejen yang hebat macam akak di luar sana...

#takaful
#hibah
#TabungWanita

Konsep “Payung” dan Perlindungan

$
0
0

Kita dengan rela hati membawa payung kemana sahaja kan? Tidakkah ia membebankan? Ya..beban...tidak pasal-pasal kene bawa payung. Adakah kita tahu hari hujan? Jika awan mendung pun kita hanya boleh agak akan hujan tetapi tidak semestinya hujan, tetapi sebagai persediaan kita bawa juga. Berteduh dari panas terik dan hujan.

Sama juga lah konsepnya dengan perlindungan Takaful. Kita apply masa kita masih sihat, dan kita tidak tahu pun bila kita kemalangan atau sakit. Kita bayar setiap bulan kadang-kadang rasa membazir tak guna. Dan hampir setiap hari, sekeliling kita ramai yang sakit, perlukn kos untuk rawatan, sampai bergadai harta dan meminta bantuan, terpaksa berhenti kerja hilang pendapatan, perlu tunggu que dalam rawatan. Masa itulah sebenarnya bergunanya takaful, kos puluhan ribu ditanggung PRUDENTIAL, income disambung PRUDENTIAL, Hibah terus kepada waris, lumpuh dan sakit kritikal masih diberi pendapatan oleh Prudential. Baru kita tahu rupanya nilai bulanan kita kecil sahaja berbanding nilai perlindungan kita.

Mohonlah perlindungan Takaful. Plan Murah mahal itu komitmen masing-masing. Janji kita ada.

#cpmbk

Kredit: Muhammad Fauzi.

SEBAB SAYA BAYAR TAKAFUL DENGAN KREDIT KAD. SERIUS! ANDA KENA TAHU NI..

$
0
0
From Agen Ahmad Muqarrami..

Kalau anda perasan dalam posting lepas, saya ada nyatakan tentang tolakan takaful berjumlah RM 600 dilakukan ke dalam kad kredit.

Hasilnya saya dapat kumpul Point dari situ sebanyak 7200 point setahun, bersamaan nilai tunai sebanyak hampir RM15.

Dapat free, siapa tak nak kan.

Bagi siapa yang belum baca boleh tengok kembali posting berkaitan "Anda Perlu Ada Sebab Untuk Miliki Kredit Kad" di sini #uruskreditkad .

Itu tak penting sangat...

Sebab yang lebih penting adalah supaya kami sekeluarga kekal dalam "protection".

Kenapa tu...

Macam ni. Polisi takaful biasanya akan luput (lapse) kalau tiada bayaran diterima dalam masa 3 bulan.

Bila polisi luput, dan berlaku apa-apa kejadian selepas itu, syarikat tidak akan bayar pampasan lagi.🙅🏻

Jadi, dengan tolakan ke kad kredit, "Confirm" bayaran akan dibuat kepada syarikat takaful dan confirm-lah coverage takaful tidak terputus.

Apa yang dirisaukan kalau berlaku kes begini..

➡️kita lakukan bayaran manual (tolakan bank atau bank in manually).
➡️atas kecuaian sendiri, bayaran tak dibuat. Samada tiada tolakan dalam bank sebab tiada duit atau kita sendiri gagal bayar.
➡️syarikat tak dapat hubungi kita sebab tukar alamat dan no phone.
➡️tiba-tiba berlaku kecelakaan.

Apa terjadi kepada kita?

Tiada coverage akan dibayar..kita juga yang rugi..😭

➡️Musibah datang tanpa dijangka, sebaiknya kawal lah risiko sebaik mungkin.

➡️Dan ini adalah cara saya kawal risiko takaful agar kami sekeluarga sentiasa dalam perlindungan takaful.

Apa yang saya belajar:

✅Sila tolak bayaran takaful guna kad kredit
✅Cari agen yang bagus.. So, ciri-ciri agen yang bagus adalah yang share status sebegini : )


Nak tolong orang lain sama? sila LIKE dan SHARE agar ramai lagi mendapat manfaat.

Dapat lah pahala lebih kan..


~Abe~

Boleh juga baca status saya terdahulu di sini #uruskreditkad

#takaful

$
0
0
Rupanya ada juga segelintir kawan2 saya ada masalah claim #takaful.

Ambil 2 tips saya ni dulu.
inshaAllah takde masalah dengan claim takaful.

1. Apply takaful masa tengah sihat segar bugar.
> jangan bertangguh sebab masih sihat.
> jangan tangguh sebab orang lain tak bagi.
> jangan ambik masa 3 tahun untuk survey.

2. Pilih agen yang komited dan bersungguh2 buat kerja.
> Cari agen yang selalu masuk ofis.
> Cari agen yang selalu update aktiviti.
> Cari agen yang ada recognition.
> Cari agen 100% fulltime.

** Jika anda ada masalah ada sakit sebelum ambil takaful, minta maaf saya tak dapat bantu. Even saya adik beradik dengan CEO takaful pun takleh buat apa. Pergilah bawak mahkamah pun kompem kalah!

Tapi... jika Mana2 kawan saya yang ada masalah agen tak membantu buat claim boleh pm saya.
Saya sudi bantu.

Kredit: Khairil AR

#cpmbk

Claim takaful

$
0
0
*Claim*

Pasal claim ini, memang ada individu suka ambil kesempatan insuran / takaful.
 
Awal-awal dah tanya boleh pakai tak kalau situasi macam ini. Banyak tanya, soalan pun dah macam dah karang. Tanya situasi itu situasi ini.

Lepas claim, siap ada buat surrender. Lepas itu pergi syarikat insuran / takaful lain. Repeat.

Ini perkara tak boleh kawal. Ini namanya customer behaviour. Syarikat insuran / takaful pun pening, nak rangka produk atau letak klausa. Buat investigation, lalu proses underwriting. Benda ini normal.

Perkara boleh kawal?

Ejen-ejen dan advisor atau sesiapa sahaja yang menawarkan insuran / takaful.

Buat Fact Finding, Customer Due Diligence betul-betul. Ini bukan zaman main sapu je prospek atau klien.

Pelanggan pun ada hak nak pilih siapa ejen atau advisor. Buat screening ke apa. Up to you, gais.

Credit to ADIB YAZID
#BukanYangTerbaik

Suka@tak....

$
0
0
Medical card adalah salah satu daripada pelbagai product takaful. Ya ia penting. Jika ada extra budget memang wajib ambik Medical Card.

Jika ada kekangan budget, Medical Card jatuh no. 2. Nombor satu, pastikan Gaji encik dilindungi terlebih dahulu.

Berjuta-juta pun limit medical card, ia takkan bagi duit belanja mencukupi untuk keluarga kalau sakit/meninggal.

Tapi dengan Plan Income Replacement (Pelan Ganti Gaji), encik ada duit kalau sakit. Duit boleh guna untuk rawatan di Private Hospital, dan juga boleh guna untuk expenses keluarga.

Berbalik pd soalan, penting tak medical card? Yes penting. Tapi nombor satu, mesti Income Replacement.  CASH IS KING! 😊

#cpmbk
#takaful#hibah 

Kredit: Nur Sha Hanum Hussin

Viewing all 551 articles
Browse latest View live