Quantcast
Channel: Celik Takaful: Cik Puan Mbk : 0192853910 (WhatsApp, SMS sahaja)
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

Orang sakit dilarang ambil Takaful!!!

$
0
0
Kekadang sesetengah orang pertikai kenapa takaful tak mau ambil orang yang dah sakit teruk?

"Kata nak BANTU orang, tapi kenapa orang dah sakit tak boleh ambil takaful? Ini bukan nak BANTU orang pun, nak duit semata-mata je. Kalau tak, mesti dah boleh BANTU orang yang ada penyakit ni." kata mereka dengan marah marah.

Sebenarnya, cuba anda fikir balik. Kalau kereta anda accident, baru nak beli takaful, boleh tak beli dan kemudiannya nak claim? Kalau rumah anda dah terbakar hangus, baru nak beli takaful, boleh tak?

Itulah yang anda kena FAHAMI DENGAN JELAS. Takaful ni BUKAN AQAD JUAL BELI WANG PAMPASAN. Bila dah sakit, baru cari takaful, dengan harapan nak tukar duit RM100 kepada RM100,000.

Memang benar sykt Takaful ni satu entiti bisnes, tapi anda kena sedar, Takaful ni suatu khidmat jaminan tanggung kerugian. Ada syarat dia, iaitu dia beri jaminan tanggung kerugian ke atas benda yang belum pernah berlaku. Supaya dapat keadilan kepada semua peserta. Bukan yang dah sakit teruk pun, ambik kesempatan mudah, nak tukar duit RM100 kepada RM100,000 buta-buta macam tu.

Sykt takaful ni pegang amanah orang, jaga tabung pampasan dari peserta2 yang join program ni dan duit pelabur-pelabur sykt. Kalau tabung tu habis, nanti semua peserta merungut, mereka sihat dan bayar tiap tiap bulan, tapi tabung habis diguna pakai oleh org dah sakit teruk, yang terdesak nak pakai duit.

Jadi ingatlah tuan puan, Takaful hayat & perubatan TAK BOLEH DIBELI dengan duit. Ia hanya boleh dibeli dengan KESIHATAN. Kalau kesihatan sudah tak mengizinkan, ada duit RM100,000 pun tak laku nak beli takaful.


mbk
0192853910
#hibah
#takaful
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
#tabungkecemasan


RUMAH YANG MASIH LOAN DAN ADA INSURANS, WARIS JANGAN DOK DIAM JE

$
0
0
Jom nak sembang pasai rumah yang masih under loan dan ada insuran coverage (MRTA, MRTT, MLTA , MLTT).

Dapat info ni dari sahabat yang kerja Bank bahagian Mortgage Financing dan jugak sembang santai dari perspektif banking dengan Tuan CEO Aziz Peru yang memang dulunya background Banking.

(Yang kerja Maybank, AMBAnk, RHB Bank mungkin kenal la Tuan CEO ni dulu).

Bila berlaku kematian, WARIS perlu notify pihak bank. Dalam process ni dokumen surat mati diperlukan.

Untuk insuran/takaful yang memang ambik dengan pihak bank, bank akan uruskan dengan insurans company. Tapi waris kena rerajin follow up lah dengan bank.

Time being sementara nak urus itu ini waris tetap kena bayar monthly macam biasa. Sekurang-kurangnya 6 bulan. Yelah nak urus insuran ni bukannya cepat jugak.

Nak-naknya bila mengharapkan pihak bank yang urus. Sebab tu kena rerajin follow up.

Untuk insuran/takaful yang ambik sendiri, contohnya ambik life insuran ke, life takaful ke, yang tu waris kena uruskan sendiri. Bayar lah ke bank kalau loan masih berbaki.

Semuanya bukan AUTOMATIC ye. Bukan mati bulan ni bulan depan dah tak payah bayar. Kadang tu sesedap rasa je kita bersangka “takpe, mati nanti rumah FREE”.

Mentang-mentang insuran cover yek. Kalau tak bayar kena pulak caj itu caj ini nya nanti.

Ada yang nak kongsi pengalaman pun boleh di ruang komen. Biar sama-sama kita celik mata dan hati dan minda. Mula merancang.

Bila loan dah setel, barulah pihak bank akan lepaskan geran. Tapi geran atas nama si MATI lah, bukan nama waris.

Nak pegi tukar nama geran, tu cerita lain pulak. Yang tu pihak bank dah tak masuk campur. Yang tu pandai-pandai la pulak pegi ke pejabat tanah dan sebagainya.

Kalau loan atas dua nama, geran masih tak boleh dikeluarkan lah sebab satu pihak je baru setel loan nya.

Kecualilah insuran tu cover sepenuhnya, makanya bank akan keluarkan geran atas 2 nama seperti dalam loan agreement. Bukan terus-terus tukar kepada yang hidup ye.

Kalau ambik MLTT atau MLTA pulak akan ada cash value kan andai kata insuran tu dapat cover baki loan.

So apa yang akan jadi pada cash value tu? Ianya akan masuk ke account pemilik loan tu. Sebab insuran rumah ni mana ada penama macam life insuran/takaful. Yang tu nak hibah pun boleh.

Untuk waris nak pegi tuntut duit tu tak boleh main cucuk-cucuk ATM je sebab bila dah declare kes kematian, account si mati akan terbeku.

Dah tu camana nak keluarkan? Berbalik la pada cerita pusaka, nak cairkan pusaka perlukan surat kuasa atau Probate.

Nampak tak kenapa pentingnya nak kena buat perancangan pusaka ni. Pentingnya kena ada wasiat ni. Sebab nak kena cepat ada surat kuasa atau probate tu senang nak urus pusaka cepat-cepat.

Nak cerita hibah aset yang masih bercagar pulak? Hibah bersyarat? Boleh ke tak boleh?

Tu nanti SB cerita lepas ni lah pulak. Karang panjang sangat pulak. Kasi hadam info rumah berloan ni dulu.

Jom sembang dan rancang pusaka semasa masih diberi kesempatan ni. Bukan benda yang boleh ditangguh-tangguh sebab mati tak tahu bila.

Boleh share jika bermanfaat. Nanti jadi sedekah ilmu yang boleh dimanfaatkan berkat jumaat ni insyaAllah.

Fahami fungsi instrument perancangan pusaka, hukum faraid dan undang2 pusaka..

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

#wasiat
#hibah
#TabungWanita
#planpenggantiangaji
#tabungkecemasan

mbk
0192853910

kredit: fb Sufyan Bakir


Tahukah anda, jika anda mempunyai polisi Takaful Perubatan mahupun polisi nyawa, anda layak untuk mendapat PELEPASAN CUKAI sebanyak 9,000.

[MANA DULU? MULA PADA SIAPA?]

$
0
0
Mana lebih penting? Atau mana yang patut buat dulu? Takaful untuk 👨🏻👩🏻atau 👶🏻?
First kena tengok, sape yg affected (financially) lebih teruk kalau salah satu pihak takde? 👶🏻 atau 👨🏻👩🏻?
👶🏻 bergantung kepada 👨🏻👩🏻 dia. Kalau 👶🏻 "takde", apa effect kat 👨🏻👩🏻 dia? Mestila sedih kan? Tambahan pulak kalau nak dpt 👶🏻 tu susah. Bertahun2 tunggu baru dapat.. Tapi financially ada effect tak? Besar kemungkinan takde. Kecuali dia dah tanam cita-cita nak 👶🏻 dia jadi retis. Buat duit utk dia. Choii!
Tapi kalau 👨🏻👩🏻 takde, ada effect tak kat 👶🏻? Makan pakai dia. Sekolah dia. Pelajaran dia. Semua ada effect.
Kalau ada orang lain amik alih jd tukang bela pon, rasa2nya tukang bela tu akan dpt jaga dengan lebih bagus tak, kalau 👨🏻👩🏻 dah tinggalkan something (💰) utk 👶🏻? InsyaAllah mungkin boleh bagi sama macam kalau 👨🏻👩🏻 dia ada lagi..
So menjawab soalan akak sendiri, akak menyeru para sidang ahad sekelian, buatlah takaful utk diri sendiri dulu, then baru utk 👶🏻.
Tapi tapi tapi.. Kalau korang jadi client PruBSN, kita memang ada plan special utk 👶🏻 yang mana kita masukkan rider "PARENT TERM BENEFIT" dalam plan 👶🏻 tu. 👨🏻👩🏻 meninggal, takaful anak percuma & sudah tersedia dana pendidikan/perbelanjaan harian anak. Faham?
Fungsi rider Parent Term ni sama macam amik takaful utk 👨🏻👩🏻. So serampang dua mata. 👶🏻 dicover. 👨🏻👩🏻 dia pun kita cover. Hanya di PruBSN Takaful!
Nak tau lebih detail, roger ambe dengan kelajuan cahaya! Zasssss....


mbk
0192853910
#hibah
#takaful
#TabungWanita
#planpenggantiangaji
#tabungkecemasan


THINK INCOME REPLACEMENT FIRST!

$
0
0
Most people lebih risau pasal child safety dalam kereta sampai sanggup beli baby seat mahal mahal. Seolah olah ia risiko besar dan sanggup bayar mahal kerananya
Tapi bila sebut pasal risiko hilang family income selama lamanya akibat kematian, hilang keupayaan kerja dan sakit kritikal, macam macam alasan keluar. Ambik pun setakat ada saja, gaji besar tapi coverage takaful macam gaji operator kilang. Tak seimbang sebab nak yang paling murah je
Betulkan fokus anda dulu

Nak cakap pasal risk and safety, you should start with yourself first as main breadwinner
Iklan safety dalam kapal terbang pun, suruh anda pasangkan mask oksigen pada diri anda terlebih dulu, sebelum pakaikan kepada anak


THINK INCOME REPLACEMENT FIRST!


mbk
0192853910
#hibah
#takaful
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
#tabungkecemasan

Takaful tak akan buat anda kaya, tapi ia akan mengurangkan beban masalah kewangan keluarga anda

$
0
0
Isteri dan anak sentiasa dalam keadaan tenang bilamana suami disisi,.
Kerana bapa adalah si pelindung. Pelindung dan pelengkap rumahtangga terutama bab kewangan.
Salah satu cabaran besar dalam kehidupan adalah Kewangan, si ayah adalah punca pendapatan, mengais pagi dan petang untuk memenuhi kelengkapan dan makan minum isteri dan anak2...
Jika si bapa keluar rumah maka bapa akan tinggalkan belanja yg cukup selama mana dia keluar, "ambillah duit ini buat belanja"..
Tetapi terfikirkah kita, jika yang keluar itu tidak kembali? Adakah belanja yg ditinggalkan sudah cukup mereka survive sekurang2nya setahun akan datang?
Takaful Warisan Plan terbaru Prudential BSN Takaful sebagai pelengkap ketiadaan kita.
Serendah RM100 sebulan, carumkan sebagai perlindungan kewangan kepada orang tersayang..
mbk
019.285.39.10
#hibah
#takaful
#TabungWanita
#planpenggantiangaji
#tabungkecemasan

Apakah hibah ini satu kerugian untuk kehidupan anak-anak?..

$
0
0
Hibahlah kepada mereka agara kehidupan mereka terjamin bila kita tiada..😔

mbk
019.285.39.10
#hibah
#takaful
#planpenggantiangaji
#TabungWanita
#tabungkecemasan


PROPOSAL TAKAFUL KENA REJECT

$
0
0


Saja share ni.Bukan sng nk apply takaful kalau badan dh ada mcm2.Client Ayu ni nasib baik dh ada medical card.Masa sihat dia apply dulu.Tp permohonan hibah takaful setengah juta dia skrg kena reject pula.Sbb ada kandungan gula yang tinggi dlm darah dan ada hypercholesterol.
Sbb tu selagi muda dan sihat ni, applylah cepat-cepat.Sedih si isteri bila tahu suami tak sihat utk ambil hibah takaful.Dh la si isteri nk tolong bayar sikit.
Si suami pula rasa terkejut rupanya dlm badan ada yang tak kena.Bagus juga apply takaful ni katanya , kalau x apply, x check medical , x tahulah sakit itu ini.

kredit fb: 🧕 Ayuni Dalila Syukur.
🧕 Mardiyah | 019 285 39 10



Sindrom bapak-bapak

$
0
0
Saya petik sebahagian dari status Zaid Zolkipli

Baru baru ni, korang mesti perasan kan ejen insurans duk promote hibah hibah. Amenda la hibah. Insurans je kan senang. Sebenarnya sama je konsep hibah dan insurans nyawa. Cuma hibah ni islamik. (dan direct kepada pasangan)

Untuk ketua keluarga, saya menitik beratkan untuk ambik hibah. Ada hibah serendah rm50 sebulan. Ada yg rm100. Saya mencarum hibah rm100, dimana jika saya meninggal sebelum berumur 80 tahun,atas apa apa sebab kematian, isteri saya akan menerima rm150 000. Semakin tinggi caruman, semakin tinggi nilai hibah yang diterima, sehingga jutaan ringgit.

Kekurangan hibah ialah, kalau kita sakit, dia takde medical card yang boleh cek in hospital swasta 5 bintang dan duduk 1 bilik sorang sambil tengok saluran tv satelit. Hibah khusus untuk perlindungan selepas kematian. Sakit demam accident apa semua masuk hospital kerajaan. Lagipun servis hospital kerajaan sekarang terbaik. Subsidi lebih 90%. Murah kan

Lagi satu, hibah juga ada pelaburan. Bermakna selepas beberapa tahun, akan akan nilai yang diberikan. Sebagai contoh, plan hibah saya menganggarkan selepas 30 tahun, ada nilai tunai sebanyak rm20000. Tak kisah la kita masih hidup atau dah meninggal dunia. Saya boleh keluarkan untuk apa apa kegunaan. Ia bersamaan rm666 setahun ataupun rm55 sebulan. Not bad kan. Kita bayar rm100 sebulan, dalam masa yang sama kita 'paksa simpan' rm55 sebulan. (ada company yang bagi extra cash rm80000 untuk caruman rm155 sebulan)

Zaman semakin pantas. Setiap ketua keluarga mesti ada caruman hibah. Biarlah kita tak mampu nak bayar medical card rm200-300 sebulan sakit nak masuk hospital swasta. Asalkan kita boleh tinggalkan sedikit duit untuk keluarga. Cumanya, nak taknak kena asingkan sekurang kurang rm50-100 sebulan untuk mencarum hibah.

mbk | 019 285 39 10



PERBUALAN AKU DENGAN RAKANKU SEORANG MANAGER

$
0
0
"Aku skrg dh melabur RM100 sbln di unit trust.Simpanan pula di Tabung Haji,potong gaji terus."jawab rakan lamaku.Dia dh pangkat manager skrg.Alhamdulillah.

"Takaful ko dh ada ?" Aku beranikan diri tanya soalan ni.Malas kdg2 nk tanya ..Org lbh suka ingat aku nk menjual takaful dpd nk tolong dia jika ditimpa susah.

"Erkk..Takaful maksud ko medical card ke ? Medical card aku dh ada..kampeni dh bg"
" Oh bgslah at least selagi ko kerja,kampeni tanggung bil hospital ko.Tp kalau ko dh tk kerja mcm mana? 
Kalau ko meninggal,ada savings dan pelaburan ko akan bg terus at least RM250K terus dkt anak ko ?

" Haha ..ok ok.Aku faham.Nnt dululah Ayu.Banyak duit nk pakai."

"Memanglah boleh nnt dulu.Duit pun mmg rasa nk guna mcm2 .Tp kalau tkbyr takaful pun,duit tu byk mana pun mmg rasa tak cukup. "

Yerla..Takdak sapa suka dinasihati.
Tapi kerja aku ni memang kena banyak nasihat org.
Ada yang ok, oklah..Yang tak ok sure menyumpah dlm hati.

Aku kena kental.Asalkan apa yang aku katakan bukan utk keburukan pun.Utk kebaikan dia juga

Kredit Fb: Ayuni Dalila Syukur

#hibah
#takaful

mbk | 019 285 39 10


#tipsprubsn

#tipsprubsn #AMR

$
0
0
Selamat pagi semua. Hujan pula di pagi hari. Hujan rahmat bak kata orang. Saya mulakan dengan soalan. 

"I terpijak nail clipper. Darah banyak keluar. Boleh claim tak?"
#AMR


Siapa boleh jawab?


#takaful
#hibah
#incomereplacement
#TabungWanita

mbk | 019 285 39 10


Sebab kenapa ibu bapa PERLU cepat-cepat sediakan medikal kad untuk anak

$
0
0
Berikut adalah sebab kenapa ibu bapa PERLU cepat-cepat sediakan medikal kad untuk anak disebabkan 5 penyakit ini;

1. Asthma
2. Tonsilitis
3. Pnuemonia
4. Acute bronchiolitis
5. Acute gastro entritis

Berikut adalah penyakit yang biasa menyerang kanak kanak bawah dari 3 tahun. Ini adalah sebab immune sistem yang masih dalam proses pembinaan. Sistem pertahanan yang lemah dan belum matang.

Risiko ni ada pada semua budak. Kalau berlaku kita mesti nak dapatkan rawatan dengan cepat dan terbaik!

Semua kos penyakit berikut dibayar oleh Takaful. Moga ibu bapa ambil maklum.

#prudentialbsntakaful
#askmefortakaful
#hibah
#takaful


Ambil kad perubatan ketika kita sihat....Ambillah cerita Kak Nur sebagai panduan kita semua

$
0
0
Disclaimer: Saya petik kisah benar ini dari FB puan Nur Fadhillah. Ambillah ketika kita sihat wal Afiat. Moga kisah kak Nur nie dapat membuka mata dan hati untuk mencarum kad perubatan.


Nur Fadhillah added 17 new photos — with Abdul Shukor.

22 March 2017 · Tumpat · 

Syukur alhamdulillah..

Sedikit sebanyak kesihatan bertambah baik..
Sakit tanpa di duga..

Pada 16/03/2017(11pm) terasa sakit perut yg teramat sangat..sehinggakan masa tuu rasa gelap mata nk pitam..Ya Allah..😢sblm pada tuu kesihatan baik baik jer..otw dr wakaf che yeh tgh drive menahan sakit..sampai rumah bagthu husband...ank pula masa tuu demam..husband risau tgk wife dia tgh mengerang kesakitan..ank pula tgh menangis..Ya Allah..air mata xsoh oyaklah..hnya orng yg alami tahu mcmmana keadaan masa tuu..xada pilihan..terpaksa call adik jam 1.30 pg..suruh dtng cepat ambik kakak yg masa nie nk bercakap pun xbrp nk keluar dah..😢adik sampai sepintas kilat..terus ke emergency KPJ PERDANA(SPECIALIST HOSPITAL)sampai sana lbh kurang jam 2am..

Terus daftar sambil menahan sakit...masuk dlm terus masuk air..masuk ubat..Ya Allah 2 kali masuk ubat xtahan juga..apakah sakit yg ku alami nie..besar sungguh dugaan masa nie..air mata xsoh oyak lah mugo hk jenis manja sokmo dah..😢Doktor dtng dan bgthu puan kena warded..dan masa sama nurse tanya puan ada INSSURAN?ku anggukkn kepala..ambil MEDIKAL KAD PRUDENTIAL BSN TAKAFUL bg kat nurse..ok puan sign..siap.!!
TERASA BETAPA BERHARGANYA MEDIKAL KAD MASA NIE..

Masuklah wad..17/03/2017(3.30am)

Sakit yg kuat semakin baik mungkin krn ubat thn sakit tuu..dan pada jam 3 ptng doktor pakar dtng tnya..PUAN SAKIT MCMMANA?sy pun bgthulah doktor apa yg d rasa..ok Puan..mlm nie start jam 12 mlm puan kena puasa..esok pagi sy nk scan tgk apa masaalah..kalu xjumpa punca sy nk masuk camera..ok doktor..😢

Esok pgi..18/03(9am)dipanggil ke bilik scan Allahhuakbar..terkejut rasa masa nie..ada (BATU DLM HEMPEDU)& sudah ada jngkitan kuman..redha..jam 2.30pm doktor dtng..sambil d tngan nmpk mcm borang2 @ surat2 gitu..doktor pun bgthulah..apa masaalah sebnarnya & bg penerangan dengan lbh detail..sgt2 bagus.doktor cakap kalu puan setuju..isnin kita operate..tnpa pikir pnjng terus sign..alhamdulillah Allah permudahkn semua urusan...masa nie rasa bersyukur sgt2 Ya Allah terima kasih krn engkau bukakn pintu hatiku untuk mEncarum dlm PRUDENTIAL BSN TAKAFUL..

17/03/2017 masuk wad 
21/03/2017 keluar wad(5 HARI)

Total bill RM 15012.80😊SEMUA DITANGGUNG OLEH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..

TERIMA KASIH AGEN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL Abdul Shukor & isteri dtng melawat k.nur beberapa kali masa dlm wad..

P/s: ambiklah medikal kad masa sihat..
K.nur satu famly semua dilindunggi oleh 
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL..
Batu dalam hempedu




Kantung hempedu yang di buang kerana jangkitan kuman

Tunggakan bayaran

$
0
0
Memang tugas kami peringat payment takaful korang yang oustanding tu tapi bila nanti dah tak boleh guna, mohon jangan salahkan agent pula mcm bro ni.Pi hospital kerajaan pun kalau patah kaki bukan free ye kawan-kawan.

Siapa ada medical card mohon jaga payment.

Siapa yang tak ada lagi apply lah cepat-cepat sebelum anda gigit jari dan menyesal.

Credit to Harris Fitri !


mbk | 019 285 39 10

UNTUK KESEDARAN DAN TINDAKAN ANDA

$
0
0
Mohon Takaful ketika masih sihat

Walaupun masa tu anda tak terdesak perlukan duit, tengah sihat tanpa sebarang masalah, rasa diri tu kebal sebab umur masih muda dan rasa selamat sebab company dah cover, pastikan anda mempunyai perlindungan Takaful peribadi yang mencukupi

Sebab bila dah sakit dan anda nak sykt Takaful tanggung kos rawatan tu, memang tak dapek la

Dah tak upaya nak kerja samada kerana sakit, kemalangan atau dah meninggal dunia, hilang gaji selama-lamanya, dan anda nak sykt Takaful tukar duit kecik anda menjadi pampasan besar berlipat ganda, memang tak dapek jugak la

Apa nak buat? Dah takde rezeki dengan Takaful 


mbk | 019 285 39 10

Takaful adalah pekara pertama ahli keluarga cari setelah anda meninggal dunia

$
0
0
Terima khabar kematian semalam. Arwah baru usia 42 tahun, meninggal kan seorang isteri dan tiga orang anak yang berusia dalam 2 tahun hingga 14 tahun. Hasil post mortem, meninggal dunia akibat serangan jantung. Sehari sebelum arwah meninggal, arwah ada mengadu pada isteri , dia merasa stress di tempat kerja.

Sekarang nie saya lihat rata-rata yang meninggal dunia dari serangan jantung adalah yang berusia bawah 50 tahun. Salah satu sebab meninggal kerana stress ditempat kerja dan menyebabkan serangan jantung. Bila dah depress, agak sukar kita nak kawal emosi. Bayangkan arwah kena buat 3 kerja dalam satu masa. Mana tak stress.

Sepanjang arwah hidup, dia ada meninggalkan takaful untuk ahli keluarganya. Arwah percaya, jika dia meninggal dunia, duit pampasan takaful tue bolehlah ahli keluarganya menggunakan untuk meringankan beban perbelanjaan dan mengurangkan masalah kewangan. Walaupun isterinya bekerja, agak sukar si isteri menampung perbelanjaan harian yang mana biasanya ditanggung oleh suami dan isteri.

Apa yang saya tulis adalah kisah benar dan realiti kehidupan sekarang. Apa yang boleh saya rasa "release", arwah ada meninggalkan plan penggantian gaji untuk tabung kecemasan ahli keluarganya.

 mbk | 019 285 3910


4 jenis Takaful/Insurans yg anda perlu ada sekurang-kurangnya dlm kehidupan anda.

$
0
0
Berikut merupakan 4 jenis Takaful/Insurans yang anda perlu ada sekurang-kurangnya dalam kehidupan anda.

Mengapa perlu ada?

Sebab setiap satu saling melengkapi utk membantu dan mengatasi masalah kewangan terhadap semua risiko kesihatan dan mortality diri anda dan keluarga anda.

Utk mendapatkan setiap takaful/insurans berikut, anda perlu dapatkan khidmat nasihat agent atau consultant Takaful/Insurans yg dilatih dengan baik.

Sebaiknya setiap Takaful insurans berikut perlu ada jika anda sudah mencecah umur 30 tahun keatas atau yang sudah berkeluarga atau yang memiliki perniagaan sendiri.

Apa 4 jenis Takaful/Insurans yg perlu ada tu?

1. Income Replacement (inclusive Critical illness Full Coverage)
2. MLTT/A or Debt Settlement ( by Term)
3. Medical Card (High Coverage)
4. Personal Accident

Nak tahu lebih detail bagaimana semua Takaful ini perlu anda ada di dalam lingkungan 10% gaji bulanan anda shj?
Jom kita sembang mengenali dengan lebih dalam lagi. Jgn lupa pm sy shj.😉

mbk | 019 285 39 10


TERKELU

$
0
0
Baru tadi call prospect saya.

Prospect ni saya call untuk buat Appointment untuk saya kongsikan berkenaan Program Hibah Takaful dari tahun lepas lagi.

Niat saya hanya untuk berkongsi Program yang bermanfaat untuk keluarganya yang tersayang. Dengan sumbangan RM100 sebulan isterinya akan dihibahkan pampasan Takaful sebanyak RM250,000.00.

Sekali yang jawab panggilan ialah abang Ipar beliau. Dialog saya lebih kurang macamni:

Saya: Tuan, saya ni Fanshuri Badarudin.

Abg Ipar Prospect (A.I.P): ya. kamu siapa?

saya: wakil Prubsn Takaful. Nak set Appoinment supaya dapat jumpa.

A.I.P: Ya untuk apa ya?

Saya: Erk. Tuan XXX ada? bole saya bercakap dengan dia?

A.I.P: Oh Tuan XXX sudah meninggal dunia.

Saya: Innalillahii wa inna ilai hii raa ji uuun

A.I.P: Ada apa-apa tentang takaful ?

saya: erk......TERKELU.........

Maafkan saya kerana tidak dapat meyakinkan Arwah untuk membuat persediaan kepada isteri & anak-anaknya. Maafkan saya sekali lagi.

ini kali ke 4 berlaku kepada saya sepanjang berada dalam Industri Takaful. Sebab itu kenapa saya sedaya upaya meyakinkan masyarakat dengan Takaful. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang ditinggalkan untuk isteri , anak-anak & keluarga.

Kredit : Fb Fanshuri Badaruddin


mbk | 1092853910
#hibah
#takaful
#TabungWanita
#incomereplacement
#askfortakaful

Biasalah nie....

$
0
0
Gambar: Kredit FB Takaful awareness through cartoon



Viewing all 551 articles
Browse latest View live