Quantcast
Channel: Celik Takaful: Cik Puan Mbk : 0192853910 (WhatsApp, SMS sahaja)
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

Newly launched from PruBSN Takaful!!!

$
0
0
Memperkenalkan PruBSN Anugerah.

Satu plan untuk memenuhi keperluan anda. Antara kelebihan plan ini :

1. Kos Immunisasi Haji sehingga RM300
2. No Lifetime Limit
3. Additional 100% annual limit sekiranya diagnos sakit jantung, kanser atau kegagalan buah pinggang
4. Annual Income sekiranya diagnos dengan sakit kritikal atau lumpuh kekal.
5. Elaun harian hospital kerajaan.

Kami faham anda nak sangat sangat medical card Prudential BSN TAKAFUL tapi dengan harga yang AFFORDABLE. Kami mendengar dan kami kini ada medical card mampu anda miliki.

Anda tidak perlu lagi risau dengan harga. Anda hanya perlu risau untuk sign up secepat mungkin sebelum sakit datang menjengah dan pilihlah agent yang boleh bagi HIGH COMMITMENT!

Bole PM untuk maklumat lanjut.

#prubsntakaful
#anugerah
#medicalcard
#affordable

mbk
0192853910



#nasihatibu

Hakim akan merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 di mana ianya akan memberi hak mutlak ke atas penerima hibah.

$
0
0
Si suami ambil plan takaful dengan jumlah perlindungan RM2 juta dan menghibahkan pampasan perlindungan kepada isteri.

Suami meninggal.


Isteri mendapat RM2 juta daripada hibah takaful tadi.

Waris tidak setuju dan mengatakan mereka juga berhak ke atas hibah tersebut.

Waris membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Sivil kerana harta bernilai lebih RM2 juta.

Hakim akan merujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 di mana ianya akan memberi hak mutlak ke atas penerima hibah.

Kes tutup. Waris akur.

Hibah takaful disebut khusus dalam Islamic Financial Services Act 2013 yang menjadi panduan hakim-hakim.

Hibah takaful akan diterima secara mutlak kepada penamanya.

Antara lain tujuan hibah takaful:
A. Sebagai aliran tunai segera kepada penama.
B. Untuk menampung kos semasa mengurus harta pusaka.
C. Penggantian pendapatan yang hilang akibat kematian suami tadi
D. Untuk nafkah anak-anak.
E. Selesaikan hutang anda

Ingin cipta Dana Hibah Takaful? Saya sedia bantu uruskan.

kredit: Ahmad Humaizi Mat Noor
mardiyah
0192853910

Wang takaful rezeki siapa?

$
0
0


Banyak ejen promote income replacement. Bukan tak bagus, ia bagus untuk buat hibah secara takaful. Pada pandangan saya, selain income replacement, income protection pun perlu. Situasinya, bila didiagnosed penyakit kritikal, kita masih perlu bayar hutang dan perlu duit untuk pebelanjaan harian. Amat jarang dapat bantuan kerajaan untuk bayarkan hutang kita, apatah lagi bank nak 'waived' hutang piutang kita.

idea asal: Ahmad Huzaimi
mbk
0192853910

#luahan

SALAM JUMAAT

TAKAFUL TIDAK DI HIBAH KEPADA SUAMI!

$
0
0
Rata-rata klien perempuan yang dah berkahwin yang ambil takaful dengan kami tidak meletakkan nama suami sebagai penerima hibah.
Mereka lebih memilih untuk letakkan nama anak-anak2 sebagai penerima hibah walaupun anak belum cukup umur.😅
Siap ada tu, mulanya letak nama suami di awal perkahwinan, kemudian bila ada anak, di tukarkan nama penerima hibah kepada nama anak😂
Kadang2 saya terfikir..kenapa ye begitu?
Satu hari..saya bertanya kepada suami..
‘Kenapa ye ramai klien perempuan kita yang ambil takaful tidak meletakan nama suami diorg sebagai penerima hibah? Diorang tak percayakan suami diorg ke? Bukan ke diorg yang pilih suami diorg, kenapa tak percaya?’
Suami menjawab..
‘Macam mana mereka nak percaya kalau suami mereka tak buat benda yang sama?’
‘Maksudnya?’ saya bertanya lagi..
‘Suami diorg ambil takaful tak letak nama isteri sebagai penerima hibah! Kalau ada ambil la.. or even worse tak ambil langsung takaful! Maknanya suami diorg tak fikir langsung nasib isteri apabila mereka tiada. So, buat apa si isteri nak ambil takaful letak nama suami kn?’ jawab suami saya.
‘Oooo..betul jugak tu’
Bila saya fikir balik..kenapa saya letak nama suami saya sebagai penerima hibah takaful saya..
Betul!! Sebab saya terharu suami saya meletakkan nama saya sebagai penerima hibah takaful beliau.
Bila ada orang terdekat tahu tentang suami saya letakkan nama saya sebagai penerima hibah, ada yang berkata.. ‘amboi, jadi janda jutawan la sya nanti’
ermm..saya agak berkecil hati bila dgr ayat tersebut sebenarnya. Macam la saya ni seronok sangat kalau suami mati sebab akan jadi kaya! huhu...
Tak ada siapa pun akan seronok/gembira kalau orang yang dia sayang mati.😢
Tapi suami selalu berpesan, hidup harus diteruskan walaupun dia atau saya mati. Harta yang dihibahkan adalah untuk kegunaan kami teruskan hidup tanpa salah seorang kelak.
At least, kami tinggal kesenangan pada pasangan apabila kami sudah tiada, bukan tinggalkan kesusahan/hutang.
Kalau umur kami panjang bersama, kami akan berusaha bersama-sama mencari rezeki untuk kesenangan hidup masa depan.
This is marriage!! Saling bahagia membahagiakan!
*******
Therefore suami-suami...jangan la marah isteri ambil takaful!
Isteri ambil takaful sebab dia fikir masa depan anak-anak bila dia sudah tiada kelak. Encik suami tak fikir ke??
Bukankah hibah itu juga akan menyenangkan en suami kelak? Anak-anak dapat harta, boleh la guna untuk besarkan mereka. Tapii..itu harta anak yatim tauuu..sbb anak2 adalah penerima hibah!😝
Kalau nak isteri hibahkan pada encik suami..Encik suami sila hibahkan pada isteri dulu yer..

kredit: Sakinah Shabudin

mbk
0192853910

Panggilan Hangit vs Panggilan Memukau

$
0
0
Panggilan Hangit????

1. Dapat panggilan nak mengadu mengenai penutupan polisi Insurans.
2. Kakak nie citer dia dapat panggilan dari third party mewakili Insurans X nak tanya sama ada Kakak nie nak tutup atau renew. Kakak nie pilih nak tutup memandangkan ada kekangan kewangan.
3. Yang tak bestnya, pemanggil tue kata, Kakak nie kena bayar ribuan ringgitlah jugak jika nak tutup akaun insurans. FYI, Kakak nie just ambik Personal Accident sahaja. Takkanlah nak tutup akaun kena bayar ribuan ringgit siap boleh bagi diskaun lagi jika tak mampu bayar. Take ke pelik tue. Kakak nie mohon pandangan saya...

Nasihat Saya
1. Report pada organisasi yang bertanggung jawab seperti BNM (bahagian Laman Informasi Nasihat & Khidmat -LINK) dan FMB (Financial Bureau Mediation) atau dikenali sebagai Ombudsman Perkhidmatan Kewangan. 

2. Alamat dan No Telefon Organisasi berkenaan Ada dibawah:-

Financial Mediation Bureau
(Ombudsman Perkhidmatan Kewangan), Tingkat 14, Block Utama, Menara Takaful Malaysia, No.4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur
Tel : 03 22722811
Up: unit aduan
Email: enquiry@ofs.org.my

Laman Informasi Nasihat & khidmat (LINK), Ground Floor, Blok C, Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922, 50929 Kuala Lumpur
Tel: 0326988044
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

2. Report pada polis- nie kerana Kakak nie kata pemanggil kerap buat panggilan dan ada juga berbaur unggutan. Takut kan..pemanggil nie siap claim dari third party sebagai pemungut bayaran Insurans.

Mohon hati-hati semua.

Panggilan Memukau
kredit-Aziz Riadi
Minggu ni dapat 2 panggilan dari scammer...
1- Call dari nombor yang pelik, mesin yang jawab, kata saya ada hutang Credit Card dengan Affin Bank dan tertunggak tak bayar.
2- Dapat call dari Maybank, kata account kena block. And then transfer ke officer lepas tu, minta sahkan account dengan bg no account. Saya bgtau balik, "Takpe lah Encik, account saya dah ok dah, sebab saya tgh online maybank2u ni, mcm mana Encik kata account saya kena block. Tak pe lah Encik, saya tak de masa nak layan scammer phone ni. Saya ada banyak kerja...terima kasih"...
So, kalau ada call macam nie, jangan layan. Kalau dia forward ke nombor telefon balai polis pun, jangan layan....
Sekian.

mbk
0192853910

Betul Tun M

Tips Takaful | Takaful ada 3 bahagian

$
0
0
=================================
#1 LIFE sebagai protection of income jika seseorang meninggal, lumpuh @ kritikal.

#2 MEDICAL CARD sebagai dana perubatan & protection of aset/saving.

#3 SAVING sebagai fungsi UTAMA adalah protection of policy (medical life) agar tak cepat tamat tempoh, tidak seperti medical card STANDALONE, Dan juga simpanan jangka masa panjang (20 tahun) sebagai pendidikan, persaraan, haji dll. Namun simpanan yang sebenar adalah bukan di takaful tetapi di alat kewangan lain.



mbk
0192853910

Benar cakap orang, seseorang akan memahami Takaful apabila.........

$
0
0

"Saya jumpa polisi ni kat almari arwah suami saya. Saya nak semak berapa saya boleh dapat kalau buat tuntutan ni?" 
Kejap ya puan, saya check sistem.
Hmmmm...
Minta maaf puan, polisi arwah suami ni cover RM1 juta. Tapi malangnya, sudah luput. Dah lebih setahun dia tak sambung bayar polisi
"Kenapa boleh jadi macam tu? En Azha tak suruh dia bayar ke? Aduhhhh macam mana saya nak teruskan hidup dengan anak-anak ni?"
Minta maaf puan, bila dia mesej saya cakap dia dah tak nak sambung bayar polisi ni, puas saya mesej dia berkali kali. Takut jadi apa-apa kat family. Telefon pun tak nak jawab
Dia cakap, puan suruh guna duit caruman tu untuk bawak family pergi bercuti tahun lepas. Katanya, puan cakap buat rugi je bayar tapi tak claim apa-apa.
"Aduhhhh menyesalnya saya cakap gitu kat dia. Tak sangka pulak umur dia tak panjang walaupun usia muda lagi"
---------------
Benar cakap orang. Seorang isteri takkan faham kepentingan Takaful. 
Nak fahamkan kepentingan Takaful, tanyalah seorang balu atau anak-anak yatim. Persoalannya, anda nak tunggu jadi balu dulu ke untuk memahami?

Mbk
0192853910

Loving Couple Policies

$
0
0
Biasanya kita dengar pasal medikal kad, income protection, plan pendidikan untuk anak-anak dan takaful untuk wanita. Tapi.. pernah dengar tak loving couple policies?

Polisi Menarik untuk Suami Isteri.
.
Bulan lepas, alhamdulillah saya telah membantu 4 pasang suami isteri untuk menyumbang dalam takaful untuk Perlindungan Pendapatan atau “Income Protection”.
.
Apa yang lebih menarik, mereka menyumbang dengan cara Loving Couple Policies yang sangat sesuai untuk pasangan suami isteri. Mungkin ramai diluar sana yang masih tidak tahu manfaat polisi ini. Jadi hari ini saya nak kongsikan apa itu “Loving Couple Policies”
.
Apa beza Loving Couple Policies dengan Polisi biasa?
.
Polisi biasa bermaksud suami menyumbang takaful untuk dirinya sendiri begitu juga isteri menyumbang takaful untuk dirinya sendiri.
.
Kesannya, sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang daripada pasangan, seorang lagi akan mendapat pampasan dan masih perlu mencarum takafulnya. Contohnya, sekiranya diizinNya suami meninggal, isteri akan mendapat pampasan polisi suami dan isteri masih perlu mencarum takaful untuk dirinya sendiri. 
.
Apa yang menarik Loving Couple Policies?
.
Untuk polisi ini, ianya berbeza sedikit iaitu suami menyumbang takaful untuk isterinya manakala isteri menyumbang untuk suaminya. Kemudian dimasukkan rider Payor Secure.
.
Apa kesan Payor Secure terhadap polisi pasangan tersebut?
.
Kesannya, sekiranya suami diizinNya meninggal, isteri sebagai pemilik polisi suami akan mendapat pampasan. Kemudian sumbangan polisi isteri akan waive. Begitulah sebaliknya.
.
Atas sebab manfaat rider inilah, 4 pasangan suami isteri yang saya jumpa, semuanya menyumbang kepada “Loving Couple Policies” + INCOME PROTECTION.
Ada pasangan yang berminat untuk tahu lebih lanjut?
.
Sila komen dibawah, kemudian anda akan dihubungi segera.
.

kredit:
RM ‘Azman, IFP
INFAQ Consultancy Utara (Perlis, Kedah, Penang)

Nota: Kalau diPruBSN Takaful rider Loving Couple Policies kita guna Spouse Contributor.

mbk
0192853910

Kenapa Income replacement penting untuk keluarga?

"Medical Card boleh guna untuk SAKIT atau KEMALANGAN"

$
0
0
5 Pantang Larang Medical Card.
------------------------------------------
1. Pre-Existing Illnesses.
Dah ada rekod penyakit di hospital/klinik. (Tak boleh claim!)
2. Incontestable Period.
Nak guna atau claim medical card tapi polisi kurang 2 tahun?
(AIA akan siasat sebab nak check dah ada rekod dekat hospital/klinik atau tidak)
Sakit boleh jadi penyebab DUA keadaan:
a) Virus✔️
InshaAllah boleh claim.
b) Non-Virus/penyakit boleh simpan.
-Ada rekod, rujuk Pantang #1
-Tiada rekod, pay & claim. Claim subject to under-investigation.
Clear rekod, claim will reimburse.
Tujuan: menjaga kebajikan semua pemegang-pemegang sijil. Untuk mengelakkan penipuan atau claim burst yang mana akan mengakibatkan kenaikan harga atau policy withdraw. (Jika tidak dikawal)
3. 30hari Pantang
Dalam 30 hari:
- Kemalangan ✔️
- Sakit  ( Tak boleh claim!)
Selepas 30hari:
-Virus boleh claim tapi rujuk Pantang #4
-Non-Virus pula rujuk Pantang #2
4. Disebabkan polisi kurang dari 90 hari.
Jadi PAY & CLAIM.
5. Specific Illnesses.
-Jika disahkan Doktor penyakit spesifik dalam masa 120 hari, rujuk Pantang #2.
Senang Cerita. Mohon Takaful cepat-cepat ya.
Terima kasih Masila Mukminsupergroup atas perkongsian .
SHARE JIKA BERMANFAAT.
dari FB: Nurul Husna Jaafar

7 SEBAB KENAPA MASIH RAMAI TIADA PERLINDUNGAN TAKAFUL.

$
0
0


1.-Desakan kos hidup yang tinggi punca ramai tak sanggup nak commit dengan bayaran takaful yang bersifat jangka panjang.


2-Merasakan bayar takaful itu merugikan berbanding simpanan tradisional.

3-Tak rasa keperluan untuk ambil segera kerana masih sehat walafiat dan kemungkinan sakit sangat minumum.

4-Syarikat tempat bekerja telah memberi perlindungan perubatan.

5-Pengalaman buruk terhadapat pelan takaful yang pernah diambil suatu masa dahulu.

6-Mendahulukan prioriti kehidupan lain yg dirasakan lebih mendesak dan perlu disegerakan berbanding takaful.

7-Kurangnya ilmu perancangan kewangan dan risiko dalam masyarakat.

kredit:
Zaman Kini

mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Kita faham ke apa tu 'income protection' ?

$
0
0

Ramai orang sebut Takaful tu 'INCOME PROTECTION'. Tapi kita faham ke apa tu 'income protection' atau dalam Bahasa Melayunya perlindungan pendapatan. Bagaimana pula cara nak kira?

Ok. Ada banyak cara macamana nak kira 'income protection' ni. Saya bagi satu cara yang senang untuk korang kira sendiri.

Gaji/pendapatan X 12 bulan X 10 tahun. Maka dapatlah berapa jumlah perlindungan yang korang diperlukan.

Contoh : RM3,000 × 12 × 10 = RM360,000

'Income protection' ni digunakan bagi menggantikan gaji/pendapatan yang hilang akibat tidak lagi mampu bekerja setelah berlakunya cacat kekal menyeluruh ataupun lumpuh. Begitu juga apabila berlakunya kematian peserta (saya tak doa ya), pampasan yang diterima oleh waris tadi dapat digunakan untuk meneruskan perbalanjaan sedia ada.

Siapa pulak yang perlukan 'income protection'? Semua orang ke?

Taklah, tapi PENTING untuk mereka yang di dalam kategori ini :

- pasangannya tidak bekerja
- anak-anak masih kecil

Bagus juga untuk mereka yang :

- mahu menghibahkan kepada pasangan / waris

Kenapa 10 tahun, bukan 3,5 atau 7 tahun? 10 tahun hanya cadangan kepada mereka yang masih memiliki anak kecil. Perjalanan mereka kan masih panjang. Dapat jugak membantu dalam perbelanjaan sekiranya peserta ditimpa musibah dalam membesarkan mereka.

Untuk memberikan cadangan dan quotation percuma, korang boleh hubungi saya.

mbk
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Saya Insaf

PRUBSN ANUGERAH

$
0
0
*********************
Back up plan sesuai utk;
✔️mereka yg company dah bagi benefit utk kos rawatan hospital 👍tapii kan Itu company punya, selagi kita bekerja dengan mereka dpt lah dicover Jgn lupa bila2 akan ditarik or ditamatkan bila dah tukar kerja or pencen 😅
✔️sebagai "income replacement" bila mana terkena salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal 
(pampasan akan diberi secara lump sum & income tahunan)

Nak tahu lagi???? Klik dibawah:

https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910


Orang wanita wajib ambik Takaful wanita.

$
0
0

Sebagai wanita, kita diberkati dengan keupayaan untuk membawa kehidupan ke dunia ini. Oleh sebab tu, badan kita mempunyai organ-organ yang istimewa untuk mencapai matlamat tu.

Akan tetapi, struktur badan kita lah, membuatkan kita lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Contohnya, kanser.

Tahukah anda, yang mana 5 organ yang sering terkena penyakit kanser di Malaysia? 

1. 

Hidung & kerongkong

2. 

Payudara

3. 
Paru-paru

4. 

Usus

5. 

Servik

Yang menyedihkan adalah, setiap 19 wanita Malaysia, terdapat 1 wanita yang terhidap penyakit kanser. Risiko mendapat kanser amatlah tinggi.





Tahukah anda? Dalam manfaat plan 36 penyakit kritikal ada melindungi penyakit kanser. Akan tetapi penyakit karsinoma in-situ (dilabel sebagai kanser peringkat awal) TIDAK DILINDUNGI oleh plan penyakit kritikal sedia ada.

Alangkah baik jika kanser dikesan lebih awal. Ini boleh meningkatkan kadar survival.

Uols bersetuju tak jika kanser dikesan lebih awal boleh meningkatkan survival?

Saya sarankan 100% , orang perempuan mencarum plan Takaful wanita. Plan ini direka khas untuk melindungi penyakit berkaitan wanita.



Apabila penyakit karsinoma in situ berlaku, anda perlu membuangnya dan tiada bayaran daripada perlindungan Penyakit Kritikal.

Anda mungkin perlu pembedahan untuk mengeluarkannya. Jika ambil pelan 3, RM45k akan dibayar. Jika karsinoma in situ berkembang secara agresif kepada kanser, maka pelan ini akan membayar baki RM105k.



Anda mungkin sudah mempunyai kad perubatan. Kad perubatan akan membayar untuk pengeluaran sahaja; ia tidak akan membayar untuk pembinaan semula payudara.

Pelan ini membayar untuk pembinaan semula payudara sebanyak RM45k.

Jika ada pelan seperti ini, adakah anda akan mempertimbangkannya?



mbk
0192853910

"Abang Hadiahkan Polisi Takaful ini Sebagai Tanda Kasih Sayang Kita till Jannah."

$
0
0

Gambar sekadar hiasan

“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi Takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami memiliki polisi isteri dan isteri memiliki polisi suami.

Dengan kata lain;

Polisi A: Suami sebagai Pemegang Polisi dan isteri sebagai Peserta, dan

Polisi B: Isteri pula sebagai Pemegang Polisi dan suami sebagai Peserta.

Berbanding situasi langganan polisi biasa; Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan.

Kelebihan 'Polisi Kasih Sayang' ini ialah:

1) Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama boleh letakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.

2) Tidak ada isu Faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.

3) Tidak perlu dijadikan Hibah kerana faktor no (2)

4) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah “dibayar” oleh pasangan yang masih hidup. Sebab itu dia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.

P/S :

Artikel ini adalah nukilan asal dari saudara Afyan (RahsiaTakaful.com)
Saya kekalkan sebahagian artikel asal ini untuk saya kongsikan bersama-sama pembaca blog akupenjualinsurans

Kongsikan artikel ini pada kawan-kawan dan buah hati anda yang tersayang yer. 

mbk
0192853910
https://api.whatsapp.com/send?phone=60192853910

Viewing all 551 articles
Browse latest View live