Quantcast
Channel: Celik Takaful: Cik Puan Mbk : 0192853910 (WhatsApp, SMS sahaja)
Viewing all 551 articles
Browse latest View live

KENALI PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDA – PILIHAN PRODUK TAKAFUL

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya semalam ditegur satu prospek, muda dalam linkungan 22 tahun.

Disebabkan saya sedang memberi ‘presentation’, beliau hadir ke meja saya dan bertanya apa itu takaful. Beliau merasakan pelan takaful itu pelbagai jenis dan itu menyebabkan beliau rasa rumit untuk faham apa manfaat sebenarnya boleh diberi melalui pelan takaful

Secara amnya dan ringkas, takaful adalah instrumen mengurus pelbagai risiko dalam kehidupan kita. Mengikut buku pembelajaran takaful, takaful melindungi perkara bernyawa disebut sebagai Takaful Keluarga dan melindungi risiko barang atau bukan bernyawa disebut Takaful Am.

Masih ramai yang tak mempunyai kesedaran mengenai Takaful

Di bawah dua kategori besar ini, ada pelbagai pelan takaful boleh kita ambil. Ini adalah contoh-contoh yang boleh kita faham tentang takaful.

Takaful Keluarga

Takaful Asas: Memberikan manfaat kewangan jika berlaku hilng upaya kekal atau kematian.

Takaful Pendidikan: Memberikan perlindungan dan simpanan jangka masa panjang bagi membiayai pendidikan tinggi anak.

Takaful Kemalangan Diri: Menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, kematian atau hilang upaya yang disebabkan kemalangan.

Takaful berkaitan Pelaburan: Pelan yang menggabungkan elemen pelaburan dan perlindungan manfaat Takaful.

Takaful Perubatan & Kesihatan: Perlindungan terhadapan kos rawatan akibat penyakit atau kemalangan.

Takaful Am

Takaful Kediaman: Memberikan perlindungan terhadap kediaman dan isi rumah daripada kerugian akibat kecurian, banjir atau kebakaran.

Takaful Motor: Memberikan perlindungan sama ada hanya kepada pihak ketiga atau perlindungan menyeluruh yang turut merangkumi perlindungan terhadap kerosakan kenderaan akibat kemalangan.

Takaful Pembiayaan: Caruman bertujuan untuk melangsaikan hutang pembiayaan kepada pihak bank sekiranya pencarum hilang upaya kekal atau meninggal dunia.

kredit: adibyazid.com

5 SEBAB SAYA AMBIL HIBAH RM1 JUTA DGN BYRN BULANAN RM420 DENGAN TAKAFUL

$
0
0
1. Hibah akan bagi family saya RM1 juta immediately utk kes kes mengejut seperti kemalangan walaupun baru masuk sehari.

2. Saya tak pasti ajal maut bagi diri saya bila akan berlaku. Niat hati nak hidup sampai tua, tp takdir Allah adalah rahsia. So elok saya get ready jer

3. Saya masih muda, harta belum banyak, hutang merata. So bila ada hibah 1Juta, ia menjadi aset saya paling bernilai

4. Hibah bukan diberi oleh syarikat Takaful. Tapi Hibah diberi oleh semua peserta yg akan menderma kepada keluarga saya 1juta ringgit. So satu jaminan utk keluarga saya

5. Hibah adalah bukti komitmen saya pada keluarga. Saya nak memudahkan urusan keluarga saya selepas ketiadan saya. Penama saya ialah ayah 30% mak 40% dan suami 30%. Saya ada modal lagi saya nak tambah hibah lagi

Gambar di ambil di MS Fb.

Hibah Takaful

$
0
0

Kita kerja berhempas pulas siang dan malam mengumpul harta, tetapi selepas kita meninggal harta kita tak dapat dituntut oleh pewaris.


Fakta yang perlu anda ambil tahu.


1. Selepas anda meninggal, harta anda perlu dibahagi mengikut Faraid. 



2. Isteri hanya layak mendapat 1/8 dari harta bersih.


3. Urusan faraid mengambil masa paling minimum 18 bulan untuk diuruskan.


4. Ada 66.6 BILLION harta pusaka orang Islam yang masih belum dituntut di Malaysia.



5. Nak uruskan pembahagian harta memerlukan kos dan kesabaran yang amat tinggi.



Apa solusi yang anda boleh buat semasa hidup?



1. Hibahkan sejumlah wang cair kepada orang yang anda sayang dengan tujuan mereka dapat meneruskan hidup seperti biasa walaupun anda tiada.



2. Wang cair tadi boleh digunakan untuk menguruskan harta anda.




3. Hibah dapat diuruskan seawal 2 minggu.




4. Ahli keluarga anda yang lain tiada hak untuk menuntut wang hibah yang telah anda hadiahkan kepada isteri anda.




5. Hibah hanya dibenarkan sekiranya sumber adalah halal. Dalam Takaful dibernarkan kerana Takaful adalah 100% patuh syariah.




Hubungi agent Takaful secepat mungkin dan hibahkan sejumlah wang cair kepada orang yang anda sayang. Buat persediaan awal, kerana mati adalah rahsia Allah.

Sila buat pilihan.

$
0
0


1) Stop Takaful untuk bergaya dengan kereta mewah, melancong, beli barangan rumah mahal2.

2) Kurangkan kos diatas untuk bayar takaful yang mengandungi manfaat pampasan kematian/lumpuh kekal 5-10 tahun gaji, pampasan sakit kritikal 3-5 tahun gaji, pampasan kecacatan kemalangan 5 tahun gaji, & manfaat kad perubatan berjumlah 1-4juta?

3) Nak Teruskan pilihan No.1, & akan jual kereta, rumah & asset2 yg ada untuk bayar kos rawatan jika ditakdirkan sakit kritikal. Dan kegunaan sepanjang lumpuh kekal.

Buatlah pilihan anda masing2, saya hanya sampaikan kebaikan buat persediaan takaful. Sape2 yang buat pilihan No.2 boleh segera hubungi saya. Saya bantu anda siapkan permohonan takaful.

Yang Berkhidmat
Mardiyah 0192853910

banyak yang saya pelajari tentang kelebihan memiliki Takaful.

$
0
0

Sebagai agen Takaful, banyak yang saya pelajari tentang kelebihan memiliki Takaful.

🌈Takaful ni ibarat menyimpan dalam diam sambil membuat back up plan jika sakit & hilang upaya. Begitu juga plan hibah utk keluarga yg ditinggalkan jika pencarum mati.

😭Rasa sgt sedih bila dpt tahu ada kenalan yg blm memiliki Takaful tetapi terlebih dahulu diuji dan mgkin peluang utk beliau memiliki Takaful pada masa akan datang semakin tipis.

✍️Saya tiada wang yang bnyk untuk dihadiahkan, saya cuma dapat hadiahkan ilmu mengenai kepentingan Takaful dan menguruskan permohonannya jika anda mahu.

Semoga dapat memberi kesedaran kpd semua golongan.

#Takaful terbaik untuk umat Islam.

☂️Tanggungjawab kita utk menghindarkan diri dan keturunan dari kesusahan. Ini juga slh satu objektif Maqasid Syariah

Kalau berniat nak ambil Takaful baik cepat-cepat uruskan permohonan.

MEDICAL CARD.

$
0
0

Walaupun saya dan isteri bertugas sebagai doktor terlatih di fasiliti kesihataan awam, kami tetap menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh syarikat takaful.

Kenapa?
Adakah kami tidak percaya dengan perkhidmatan kesihatan awam?
Adakah perkhidmatan di hospital awam tidak baik (sub standard)?
Adakah "rawatan di hospital kerajaan pun kena bayar mahal"?

Tiga sebab di atas sering dijadikan marketing tool untuk agen takaful yang tidak bertanggungjawab. Gunakan strategy 'fear mongering' untuk menakutkan orang ramai tentang perkhidmatan kesihatan awam untuk meningkatkan jualan.

Baru - baru ini anak saya dimasukkan ke hospital swasta akibat demam panas. Saya menggunakan kad perubatan untuk urusan kemasukan dengan deposit RM 500.

Apa yang saya dapat lihat:

1. Urusan pendaftaran, pemeriksaan asas vital signs dan menanti giliran tetap sama. Cuma tiada orang ramai yang menunggu.

2. Doktor pertama yang melihat anak saya di Jabatan Kecemasan seorang pegawai perubatan dan bukan pakar. Setelah rawatan asas diberi dan diagnosis diperolehi, baru anak saya di rujuk ke pakar kanak - kanak dan dimasukkan ke wad.

3. Untuk mendapatkan sampel darah, empat kali tangannya dicucuk. Saya tidak menyalahkan pegawai perubatan tersebut kerana ketika itu, anak saya sedikit dehydrated dan sedikit sukar untuk mencari salur darah.

4. Ketika di ward, doktor pakar membuat ward round dua kali sehari. Doktor pakar kanak - kanak menerangkan dengan jelas berkenaan diagnosis penyakit dan rawatan yang akan diberikan. Segala rancangan rawatan dibuat berdasarkan garis panduan rawatan (clinical practice guideline) yang sama dengan di hospital kerajaan.

5. Pemerhatian dan ubat diberikan oleh jururawat terlatih secara berkala. Lampin anak kami tukarkan sendiri, nak mandikan anak pun dibuat sendiri.

Prosedur rawatan TIADA BEZA dengan di hospital kerajaan.

Yang bezanya adalah pilihan yang diberi dan masa menunggu.

1. Urusan kemasukan tidak lebih dari tiga jam (dari mula daftar hingga masuk ke wad).

2. Pilihan kemasukan wad diberikan (mengikut had bayaran). Boleh pilih wad berkongsi atau pun wad berseorangan (single). Wad single pula boleh pilih yang biasa atau pun deluxe (ada TV 32 inci, sofa dan lampu chandelier).

3. Makanan boleh dipilih mengikut menu yang disediakan.

4. Waktu melawat lebih flexible dan ibu bapa boleh berada di wad sepanjang masa.

Pada asasnya RAWATAN ADALAH SAMA. Cuma urusan lebih mudah dan flexible. Tidak dinafikan, ia lebih selesa.

Teguran untuk agen takaful yang menjual takaful dengan cara 'fear mongering':

HENTIKAN!

Tapi cuba berikan fokus kepada soft skills.

1. Terangkan secara telus berkenaan produk yang ditawarkan. Nyatakan pros & cons sekali. Jangan yang berbunga bunga sahaja.

2. Jangan terlalu 'hard sell' sehingga orang jemu dengan tekanan anda dan akhirnya kawan - kawan rapat pun tak mahu mengopi dengan anda secara santai.

3. Hargai pelanggan yang ada. Agen saya sekarang ini akan menghantar personalised kad raya setiap tahun without fail. Setiap kali tarikh harijadi tiba, paling kurang pun pasti akan dapat SMS. Setiap tahun, dia akan membuat rancangan untuk berjumpa secara berdepan (face to face) di rumah. Small things matter.

Jangan memburukkan pihak lain tapi gilap kemampuan diri untuk bersinar seperti mutiara.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Presiden dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia
#drafh
#medicalcard
#takaful
#medicalmythbustersmalaysia

Kebanyakan orang tangguh-tangguh Takaful sebab ................................

$
0
0

Kebanyakan orang tangguh-tangguh Takaful sebab masih sihat. Rasa sihat itu memperdaya mereka into thinking, sakit atau kemalangan tu takkan menjelma. Dan rasa macam sudah cukup persediaan segalanya

Apa susah? Katanya dengan bangga

Majikan dah cover semuanya

Hartanah pun ada 

KWSP ada
Socso ada

Hospital kerajaan pun percuma

Polisi lama pun ada ejen bagus katanya

Tapi bila doktor sahkan dirinya hidap kanser, barulah dia sedar semuanya tak seindah disangka. 

Majikan beri notis berhenti kerja bila cuti sakit lebih 2 bulan. 

Hartanah bernilai 850k, terpaksa jual harga diskaun 750k. Itupun belum ada buyer dan akan ambil masa berbulan bulan lamanya

KWSP ada, tapi tak boleh keluar tunai. Kena dapatkan rawatan hospital, baru boleh mohon pengeluaran. Itupun bayar ke hospital 

Socso pula kena tunggu jumpa medical board. Entah lepas, entah tidak 

Hospital kerajaan memang ada sediakan rawatan kanser. Tapi ubat rawatan stemcell RM300,000 tu kena beli dulu ubatnya.

Last last, rujuk ejen lama yang bagus katanya. Tetiap tahun, tak pernah miss hantar kad raya Birthday pun tak pernah miss ucapannya

Bukak polisi, sekali tengok faedah penyakit kritikal, cuma ada RM20,000 saja
Terus nangis tak kata apa

Rasa macam semua pihak menipu dirinya

Walhal salah sendiri jugak, masa disuruh review polisi, katanya semua dah cover
Sebab tak pernah ditimpa musibah, maka keadaan sihat tu buat dia sombong mendabik dada

Seolah olah kebal, takkan jadi apa-apa 😔

AGENT TAKAFUL NASIHAT AGENT TAKAFUL

$
0
0
Aritu saya dipersoal sesama rakan agent takaful kenapa saya kena buat wasiat? Buat hibah lebih baik katanya.. Saya dengar je nasihat dia dan ambil mana yang baik.

Katanya wasiat nanti tak guna sebab waris boleh pertikaikan dan sebagainya (yang ni biasa disebut oleh orang kebanyakkan, termasuk agent takaful setengah2nya tu..yang mana belum faham la..)
Betul la tu... tapi depends la jugak..

Sebab bukan semua harta dan duit kita boleh hibahkan naa. Ada setengah2 memang tak boleh..
Dengan buat hibah je, kita ingat ada ke orang yang arif dan cekap akan urus pembahagian harta pusaka yang lain dari A to Z ? Hibah takaful senang je nak urus... Hibah harta2 lain? Rumahnya.. Tanahnya...

Kalau senang sangat nak urus harta pusaka ni dan buat sendiri, takdelah bertimbun kes tak selesai sampai RM66 Billion.

Hibah takaful memang banyak faedahnya, tetapi ia pun ada kekurangannya dan perlu dilengkapi dengan wasiat supaya duit tu tak lah habis begitu saja tanpa diurus dengan baik.

Silap2 hasrat kita yang dah mati ni tak tercapai pun akhirnya.

Contoh nya lah, kita niat buat hibah 1 juta untuk orang tersayang supaya hidup depa senang dan boleh la buat amal jariah untuk kita jugak, tapi akhirnya duit habis begitu saja , akhirnya waris yang ditinggal tetap jadi susah dan nak sedekah atas nama kita pun dah tak mampu... Maklum la tetiba dapat duit sejuta... Sebelum ni tak pernah ada duit sejuta dalam account...

So kaedah perwarisan harta ni ikutlah kaedah dan hasrat kita mcm mana. Bukan kata ada yang lebih bagus dan yang lain tak bagus.

Semua bergantung juga dengan keadaan waris2 dan harta2 kita... Dan macam mana kita nak bahagi duit dan harta pusaka kita tu nanti.

OK??

kredit: Ayuni Dalila Syukur


Penting penggantian pendapatan bila sakit!

$
0
0

Saya kongsikan cerita dari FB Dr. Muhammad Rahmat

Balik kerja tadi, isteri saya bercerita mengenai seorang pesakit nya seorang guru telah di diagnosed menghadapi kanser payudara.
Beliau akan menjalani rawatan chemotherapy tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, chemo-port perlu dipasang terlebih dahulu.
Beliau merungut dan risau sebab terpaksa mengambil cuti yang kerap nanti untuk menjalani rawatan ini. Maklum lah guru memang susah untuk dapat cuti dan cuti yang sedikit 7 hari setahun.
Isteri saya bertanyakan, adakah beliau mempunyai insuran/takaful?.
Beliau menjawab ada. Sumbangan sekitar rm200/bulan.
Isteri saya bagitahu, beliau sekarang menghadapi sakit kritikal dan layak untuk mendapat pampasan sakit kritikal jika ada. Dan duit itu nanti boleh lah beliau ambil cuti tanpa gaji dan berehat secukup-cukupnya di rumah.
Beliau terkejut dan kagum dengan isteri saya!!. 
Beliau bagi tahu akan balik dan check polisi takaful tersebut. Nanti akan jumpa isteri saya balik untuk rawatan susulan 2minggu lagi.
Harap nya polisi beliau mempunyai manfaat sakit kritikal.


mbk
0192853910

Pengalaman buat hibah Takaful: Berdasarkan KISAH BENAR

$
0
0
Kepada single parents (Ayah atau ibu single). Saya cuma nak berkongsi.

Lepas 29 Januari 2017, tarikh arwah kawan saya meninggal tinggalkan anak 3 orang dan isteri. Keadaan yang saya tengok lepas arwah pergi memang buat mata saya berair.

Takde la susah sangat sebab arwah memang orang ada duit. Tapi emosi si isteri memang tak boleh nak saya selam, cuma yang saya tahu dia berjuang sorang-sorang dengan anak umur 3 tahun yang rindukan arwah.

Ok, jadi saya terbayang keadaan lain yang saya tak nampak, awak sebagai single parents saya rasa lebih tahu. Sekarang semua bergantung pada awak. Makan minum tempat tinggal baju sekolah dan semuanya awak tanggung, sebelum ni awak berdua.

Mungkin disebabkan tekanan sekarang awak dah plan macam-macam untuk anak-anak. Awak dah buat akaun ASBi, unit trust, tabung haji dan macam-macam yang awak namakan anak-anak sebagai penama. Dengan harapan kalau awak meninggal anak-anak akan waris semua tu dan teruskan hidup.

Betulkan, awak dah rancang macam-macam termasuk rumah pun. Kalau anak paling kecil umur dia 4 tahun, maknanya ada lagi 14 tahun nak sampai ke umur 18. Sepanjang tu dia perlukan kos untuk membesar.

14 tahun masa yang kita tak boleh bayang apa yang boleh berlaku lepas tu atau tengah-tengah. Kalau hari ni awak hilang pasangan, awak pulak macam mana. Bila ajal, mana ada manusia tahu.

Saya nak bagitau awak, akaun ASB, KWSP, Unit Trust, Rumah dan akaun bank awak yang awak letak penama tu bila awak meninggal nanti semua tu kene faraid bila ada waris lain selain anak awak datang menuntut dengan selamba tanpa rasa kesian pada anak-anak awak. Macam mana kalau benda ni jadi.

Saya uruskan Hibah arwah kawan saya, ambik masa 9 hari je. 100k masuk dalam akaun isteri arwah. Susah sikit pada dokumen berkait hospital je, yang lain semua ok. Duit tu tadi jadi 100% milik isteri arwah dan tak boleh waris lain tuntut macam harta yang lain.

Jadikan, awak dah rasa perit sebagai ayah atau ibu tunggal, jadi macam mana perit pulak anak-anak awak kalau awak pulak takde.

Awak, buat satu akaun Takaful, awak lantik seorang pemegang amanah yang memang boleh dipercayai sebab bila awak meninggal dia la yang awak harapkan untuk urus duit Pampasan Takaful dan Hibah. Dia la yang akan atur untuk anak-anak awak dan duit tu tak boleh di faraid.

Penting awak ada plan Takaful yang kurang-kurang pampasan 200k. Sebab bila awak meninggal, KWSP, ASB, Unit Trust dan saving akaun jadi beku sampai selesai proses pembahagian. Bukan sekejap, makan masa sampai berbulan-bulan silap-silap makan tahun.
HIbah takaful dan Pampasan Takaful je yang boleh terus sampai ke anak-anak awak dalam masa yang singkat untuk diorang teruskan hidup.

Jadi, awak fikirlah, awak tenunglah anak-anak awak tu. Siapa yang nak uruskan diorang nanti kalau tibe-tibe awak takde. Kalau ada duit yang awak tinggal dan lantik orang yang awak percaya. Maknanya awak dah rancang sampai tahap awak paling kritikal. Itulah bukti kasih sayang awak.

Tak perlu fikir banyak sangat, Pm saya Takaful dan hibah kita sembang2 je dulu. Lepas tu fkirlah panjang-panjang.

kredit: Saharudin Zaini

mbk
0192853910

"Katakan diri saya telah tiada nanti, apa yang perlu pasangan saya buat dengan harta peninggalan?"

$
0
0

/ Takaful
/ Unit Amanah
/ Asbf
/ Kwsp
/ Rumah 2 nama
/ Kereta & motosikal
/ Alatan pejabat
/ Emas
----
Antara susunan cadangan yang perlu Tuan / Puan perlu buat dalam hal HARTA yang ditinggalkan :
1. Segerakan urusan jenazah. Kos-kos yang mendatang boleh diambil dari harta yang ditinggalkan ( Jika ada tabung kecemasan, boleh gunakan terus harta ini )
/ Kos mandi
/ Kos kain kafan
/ Kos gali kubur
( Sekarang telah pun wujud SET LENGKAP JENAZAH, boleh dapatkan di mana-mana kedai jika tidak menyertai khairat kematian masjid / surau )

2. Pasangan terus semak siapa yang layak mewarisi harta kita. Jika wujud orang-orang di bawah ini, mereka terus layak tanpa ada halangan kecuali halangan "wasfi"
1. Mak
2. Ayah
3. Pasangan
4. Anak lelaki
5. Anak perempuan

(Di Malaysia, satu perkara pelik apabila berlaku kematian kemudian harta yang ditinggalkan arwah terus dibincangkan urusannya - Dicadangkan orang yang berpengaruh arwah ATAU pihak ketiga menjadi penengah)

3. Kumpulkan hutang-piutang yang diketahui dan diragui. Asasnya, hutang ditolak terlebih dahulu sebelum diagihkan
RM 500,000 (harta) - RM 20,000 (hutang) = RM 480,000 (harta yang boleh diagihkan)
Secara amalan, hutang-piutang arwah biasa dengan bank / institusi, jadi PENYELESAIAN setiap harta yang berhutang adalah berbeza-beza. Contoh rumah yang masih berhutang dan persoalannya :
1. Adakah waris meneruskan pembayaran?
2. Apakah pihak bank terus membekukan rumah?
3. Siapakah waris yang patut membayar hutang?.
4. Adakah isteri yang meneruskan bayaran hutang ini akan mendapat hak keseluruhan rumah?
5. Bagaimana rumah ini dibicarakan kerana ianya belum milik sempurna (masih berhutang)?.
6. Apakah pasangan perlu membayar terus semua hutang yang ada dari harta pusaka?.
Jika tidak ada aset cair, adakah perlu menjual rumah @ tanah untuk menampung hutang?.
7. Apakah waris perlu mendapatkan surat dari bank / institusi untuk bicara kuasa sebelum keluar Surat Kuasa @ Probet?
----
3 tips sahaja pada hari ini. lain kali boleh kemukakan tips, adakah harta yang ada penama dimasukkan sekali dalam perbincangan pusaka ini.
Atau bagaimana menguruskan pusaka dengan kos yang rendah untuk para waris melalui penamaan.
-----
Ada yang mencadangkan di sudut teori dalam penyelesaian pusaka
1. Hibahkan semua harta, tidak perlu susah-susah melalui proses pusaka
2. Buat pampasan takaful yang besar kepada pasangan untuk membayar bahagian waris lain.
3. Semua urusan terus pergi ke Pejabat Pusaka Kecil kerana kos di Mahkamah Sivil lebih tinggi
4. Tidak perlu ada harta.

copy n paste dari FB Mohamad Akmal Mohamad

0192853910
mbk

Kisah si Takaful

$
0
0



Salam Takziah dari saya untuk ibu bapa dan keluarga mangsa Sekolah Tahfiz Ittifaqiyah. Mudah-mudahan anak-anak ini tenang di sana dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah

mbk
019-2853910

BRAIN TUMOR

$
0
0
Kes rakan saya, dalam sama bidang Insurans & Takaful yg luaran nya mmg happy go lucky ceria rajin ke sana kesini utk mencari rezeki, dalam diam rupa nya beliau menghidap BRAIN TUMOR yang dia sendiri tak tahu dia hidap sakit tersebut, ada 2 tumor pada otak beliau & Doctor kena buat 3kali pembedahan. Gambar no 2 tu tumor yg kedua, tumor pertama sebesar 8cm, Doctor dah ambil utk uji kaji.

Okey admit selama 13 hari + kos rawatan = RM109 480, cover oleh PRUBSN Takaful.
Simple math, kita bayar RM2400/setahun, kena sakit mcm ni kos ratus ribu, mana satu amount yg BESAR??




So sesiapa yg dh pernah di approach agent Insurans yg korang kenal, apply lah secepat mungkin sebelum nasi jadi bubur.

Yg mana prospect kt dlm fb ni yg pernah saya approach, jgn marah rimas kalau saya selalu follow up, saya tak nak awak follow up balik kt saya utk apply dlm keadaan sakit.

Hanya org yang pernah sakit & banyak pendedahan tentang kos rawatan sahja yang tahu betapa penting insurans & medical card.

Moga kita semua dilindungi dari segala sakit musibah, kita hanya merancang, Allah menentukan segala2 nya.

Agak2 nye berapa ribu like,komen & share kalau kes mcm ni krik krik krik krik 

Dah baca apa tindakan anda?

0192853910

Cerita asal n pic thanks to Syed Hafiz Syed Hamzah

Nasihat untuk kaum Hawa berkenaan dengan Takaful

$
0
0
Saya perhatikan sesetengah ejen Takaful ni, bila menjual takaful kepada prospek wanita, sibuk tekankan masalah komplikasi hamil. Tak kira lah wanita bujang ke, wanita dah berkahwin ke, sama je jalan cerita dia

Seolah olah komplikasi hamil tu akan bawa bencana kewangan yang dahsyat kepada kewangan prospek

Prospek wanita, perlukan faedah TOTAL PERMANENT DISABILITY DAN 36 PENYAKIT KRITIKAL yang tinggi. Kalau boleh tambah faedah penyakit wanita dan early cancer untuk life policy mereka. Sebab keadaan itulah yang akan buat mereka hilang income berterusan dan hidup meminta minta

BETULKAN CARA APPROACH ANDA
Jangan main belasah jual produk, tapi tak selesai masalah!


Permohonan untuk sijil Takaful DITOLAK kerana DIABETES DAN OBESITI

$
0
0

Hari ini dapat surat cinta dari Syarikat Takaful. Permohonan untuk sijil Takaful DITOLAK kerana DIABETES DAN OBESITI. Klien saya nie sanggup BAYAR LEBIH asalkan pihak TAKAFUL COVER PENYAKIT nya.

Walaupun saya tahu hakikat permohonan nya akan ditolak, saya tetap teruskan menolong klien saya nie memohon takaful. Hasilnya.. REJECTION DARI PIHAK TAKAFUL SENDIRI.

Nampak tak kesan dari surat cinta nie? 💔

mardiyah
0192853910

2 perkara yang ramai orang tahu kebaikannya tapi payah nak buat.

$
0
0
1)Senaman
Semua orang tahu dengan bersenam kita boleh jadi sihat,kuat dan kurus stylo.

Tapi masih ramai lagi yang hari ini tak amik cakne pasal kesihatan diri dan membiarkan terus badan menjadi gemuk .

2)Takaful
Semua orang tahu dengan bertakaful,kita dapat mengurangkan penggunaan wang simpanan atau duit hari tua bila sesuatu musibah berlaku.Bertakaful juga membolehkan kita meneruskan kelangsungan hidup dengan manfaat penggantian pendapatan sekiranya kita tidak mampu lagi bekerja akibat sakit kritikal dan lumpuh kekal.

Tapi masih ramai yang sihat dan berkemampuan mengambil risiko menjalani hidup tanpa sebarang perlindungan takaful.Dah sakit baru la gelepor nak bertakaful. Dah dalam wad baru la nak telefon balik agen tanya takaful.Dah mati,bende pertama waris tanya adalah pampasan kematian.

Masa sihat dan berpeluang menikmati hidup dengan tenang ini la kita kena buat 2 perkara ni.Jangan menyesal dikemudian hari.

Jom mulakan sekarang
-lompat bintang 10x
-call agen(saya pun ok) untuk pohon takaful
❤️

Jari terkepit pintu kereta

$
0
0

Gambar : Kredit Fb Sharifah Noorshida
Pernah terkena tak? Sakit sangat-sangat. Bila dah berdenyut tuh, Allah sahaja yang tahu. Nie saya nak kongsi cerita klien kawan. Jari klien kawan saya nie terkepit di pintu kereta. Dah pi klinik dan terima 17 jahitan. Tapi, klien nya tak boleh tidur kerna bekas jahit tue membengkak.😥 So, dia pun pi lah hospital dan warded dan kena operate semula. Rupa-rupanya, ada saraf yang berlubang dan terputus.

AMARAN: SESIAPA MERASA NGERI, JANGAN TENGOK GAMBAR INI.

Tauladan yang kita boleh ambil dari kisah ini:-

1. Bersyukur ada kad perubatan yang boleh digunakan bila waktu kecemasan. (kes nie memang cemas).
2. Kalau terjadi begini, ia dikategorikan "accident". Medikal kad boleh pakai terus tanpa tempoh bertenang (waiting period).
3. Resit yang kat klinik tuh, boleh kita buat tuntutan sama ada melalui tuntutan perubatan kemalangan atau melalui tuntutan kad perubatan (emergency treatment).
4. Jika berlaku kemalangan, pastikan dapat rawatan dalam tempoh 24 jam untuk tuntutan kemalangan

MOHON SHARE STATUS INI JIKA IA BERMANFAAT. TQ 

mbk
0192853910

JANGAN mausk Insurans @ Takaful, rugi jer..........

$
0
0

JANGAN masuk Insurans @ Takaful, rugi je bayar bukan dapat apa pun.. Nak kena sakit baru dapat klaim.. kalau sihat2 apa pun tak dapat..
“kita tahu ke bila nak sakit?”...
1. JANGAN beli payung, bukan nya nak guna pun.. nak kena tgu hujan turun baru leh guna..
“kita tahu ke bila nak hujan?”...
2. JANGAN beli / bawa tyre spare.. bukannya nak guna pun.. nak kena tunggu tyre pecah / pancit baru leh guna..
“Kita tahu ke bila tyre kereta nak meletop & pancit?”
3. JANGAN sediakan pemadam api kat rumah @ office.. bukan nak gunakan pun.. nak kena terbakar dulu baru leh guna..
“Kita tahu ke bila rumah @ bangunan tu akan terbakar?”
4. JANGAN beli insurans @ Takaful utk kereta, bukan nak guna pun.. nak kena tgu accident dulu baru blh klaim..
“Kita tahu ke bila nak accident?”
5. JANGAN beli pelampong keselamatan.. bukan nak guna pun.. nak kena ada orang lemas baru leh guna..
“Kita tahu ke bila orang nak lemas?”
6. Agak-agak kita lah, kenapa Hospital ditubuhkan?? Sebab nak rawat orang sakit.. kita tahu ke bila orang nak sakit? Habis tu takkan nak tunggu org sakit dulu baru nak bina hospital !!!!???
DETIK-detik KECEMASAN tak pernah menanti kita.. bila sampai je masanya pasti semua kena.. cuma BERNASIB BAIK atau pun TIDAK je..

kredit: Shahrudin Penang

PERLUKAH KITA SEMAK / REVIEW COVERAGE LIFE TAKAFUL YANG KITA ADA DARI SEMASA KE SEMASA?

$
0
0

Terdapat perbezaan antara coverage liability dan coverage untuk asset bagi policy life atau takaful kita.
Contoh A - Kereta

Secara konsep mudah.

Nilai kereta akan menurun, hutang akan menurun dan coverage kita untuk cover hutang kereta pun akan menurun. So, contribution takaful atau insurance pun akan lebih rendah. Maintenance je yang akan naik.

Sekiranya pemilik kereta meninggal dunia, dan kereta dinilaikan ikut harga pasaran, ia akan lebih rendah berbanding mula2 beli. Jadi, kos untuk TEBUS BAHAGIAN Faraidh bagi waris yang terlibat lebih rendah berbanding kalau baru beli. Sebab ikut harga semasa.

Contoh B - Rumah

Nilai rumah akan naik, and life coverage juga perlu dinaikkan (kalau ambil MRTT) atau kalau ambil MLTT, ia lebih baik......kalau dari segi kiraan atas kertas secara tersurat loan semakin kurang, kenapa perlu amik coverage lebih? Tapi saya tetap nasihatkan ambil coverage lebih. Mungkin ada yang tak setuju dengan statement ni, tapi itu bukan point dia. Apa yang saya ingin jelaskan adalah dari segi pembahagian harta pusaka.

Saya ambil contoh mcm ni.

Katakan harga beli rumah RM 400,000, dan pemilik rumah ada life takaful coverage RM 360,000 utk cover loan. Then pemilik meninggal dunia dan rumah jadi harta pusaka dan harga semasa pemilik meninggal dunia katakan RM 2 million. Dan katakan arwah ada tinggal waris pasangan, 1 anak lelaki, 2 anak perempuan, ibu dan ayah.

Isteri punya bahagian 1/8 = RM 250,000
Ibu punya bahagian 1/6 = RM 333,333
Ayah punya bahagian 1/6 = RM 333,333
Anak perempuan 1 bahagian dari anak lelaki = RM 270,833
Anak Lelaki 2 bahagian = RM 541,666

So, kalau isteri nak stay dalam rumah tu dan nak tebus bahagian ibu dan ayah....beliau kena bayar kpd ibu dan bapa mertua dengan RM 666,666. Berbalik dgn life takaful coverage tadi RM 360,000 sahaja....so, mcm mana nak cover the balance?

Dan biasanya kes2 mcm ni akhirnya terpaksa jual rumah tu dan isteri dan anak2 nak duduk mana lps tu? Mungkin kena pindah la kalau umah dah kena jual.

And cabaran lagi...kalau nak jual rumah yang ada case mcm ni, biasanya pembeli akan tekan harga utk dptkan harga below market value sebab penjual dlm keadaan nak segera.

Perkara ini akan jadi lebih rumit.

Jadi antara cara yg paling mudah, hibah kan terus kpd isteri kalau dah habis bayar atau pun sediakan dgn backup cash melalui hibah bersyarat dengan instrument takaful.

So, takaful bukan hanya untuk cover hutang, tapi ia juga untuk mencairkan estate (harta pusaka) yang ditinggalkan.

Kalau tinggalkan harta sahaja, tanpa tinggalkan cash, ia masih tak cukup membantu disebabkan mungkin harta tersebut tidak dpt dimanfaatkan oleh waris.

Analogi mudah...si.mati tinggalkan kereta kpd waris. Tapi tak tinggal duit untuk waris beli minyak kereta. So, kereta tersebut tersadai dan tak boleh dimanfaatkan.

So, buka minda, dan fahamkan serta bertindak..

kredit: FB Aziz Riadi

Ingat, takaful kekal sebagai mekanisme pelindungan.

$
0
0

Walaupun penerima manfaat hibah takaful mempunyai hak yang dijamin di bawah akta ke atas manfaat yang diberikan, ini bukan alasan yang baik untuk mempromosikan:
- hibah sebagai mekanisme mutlak penyelesaian pusaka
- hibah lebih baik daripada faraid
- hibah sebagai jaminan untuk menebus bahagian waris faraid yang lain

RM100k, RM500k atau RM1 juta...
Berapa pun nilai hibah yang disediakan dalam pelan takaful, matlamatnya kekal sebagai satu pelindungan bagi penerima hibah. Paling jelas, untuk mengekalkan gaya hidup sedia ada, contohnya:

Sekiranya semasa ayah masih hidup, anak-anak mampu memiliki baju baru setiap kali tahun persekolahan bermula, pergi sekolah dengan wang saku, yuran sekolah dijelaskan tanpa hutang, keadaan ini boleh dikekalkan dengan manfaat hibah takaful.

Sekiranya isteri tidak bekerja semasa suami hidup bagi menjaga anak-anak, keadaan ini boleh dikekalkan dengan manfaat hibah takaful.

Ingat, takaful kekal sebagai mekanisme pelindungan.

Viewing all 551 articles
Browse latest View live