Quantcast
Channel: Celik Takaful: Cik Puan Mbk : 0192853910 (WhatsApp, SMS sahaja)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 551

Suatu malam di KFC Rawang

$
0
0
27.08.2018- KFC Rawang

Pertama kali dapat appointment dengan bukan melayu. Bakal klien saya nie seorang wanita yang berumur 23 tahun. Masih muda. Tapi, pada malam appointment itu, saya jumpa adiknya. Pun masih muda. Bagus adiknya datang mewakili kakaknya kerna kakaknya masih belum pulang dari kerja. Kerna waktu pun dah agak lewat, saya cuma terangkan manfaat kad perubatan pada adiknya.  Keinginan nak mencarum kad perubatan kerna dirinya sering tak sihat. Dan tempat kerja hanya  cover SOCSO sahaja.

Apa yang saya pelajari dari kisah ini:-
1.  Lumrah manusia pabila dilanda krisis contohnya ditimpa sakit, baru nak mencari jalan bagaimana nak cover kos rawatan ditempat yang selesa dan cepat dapat rawatan
2. Pihak takaful tak akan cover penyakit sedia ada. Kalau ingin memohon takaful, mohon declare penyakit sedia ada untuk elak dari Non Disclosure isu.
3. Saya kagum dengan tanggung jawab seorang adik yang ambil berat akan kakaknya. Sanggup wakili kakak untuk datang dengar manfaat kad perubatan.
4. Semasa saya menunggu klien saya sampai, saya sempat perhatikan gelagat manusia. Kebanyakan yang datang ke KFC adalah yang punyai keluarga dan remaja (pelajar sekolah). Apa yang menarik hati saya, setiap kali satu keluarga datang, anak lelaki atau ayah akan membaca doa makan. Saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah, ada keberkatan setiap rezeki Allah kurniakan.

Oh ya. Bila saya tanya, macam Mana dapat no handphone akak? Dia jawab melalui blog akak.

Blog? 😊😀

www.akupenjualinsurans.blogspot.com

Selamat Pagi 🌻 semua. Moga tak bosan coretan pagi ini.

Disclaimer: Saya izinkan sesiapa nak share atau copy paste. Mohon kongsi jika anda rasa status ini bermanfaat. Moga kita dapat sebarkan ilmu Takaful untuk semua.

#celiktakaful
#takaful
#cpmbk

Viewing all articles
Browse latest Browse all 551